Pertempuran Teluk Leyte

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pertempuran Teluk Leytemap

Pertempuran Teluk Leyte, sebelum ini dikenali sebagai Pertempuran Kedua Laut Filipina, secara amnya dianggap sebagai pertempuran laut terbesar Perang Dunia II dan, oleh beberapa kriteria, mungkin pertempuran laut terbesar dalam sejarah[4][5]

Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...
Pertempuran Teluk Leyte
Sebahagian daripada Perang Pasifik Perang Dunia II
Thumb
Kapal pengangkut pesawat ringan Princeton sedang terbakar, timur Luzon, 24 Oktober 1944.
Tarikh23–26 Oktober 1944
Lokasi
Teluk Leyte, Filipina
Keputusan Kemenangan muktamad Bersekutu; keupayaan tentera laut Jepun lumpuh
Perubahan
wilayah
Pihak Bersekutu membebaskan pulau Leyte, kemudian seluruh Kepulauan Filipina; talian bekalan minyak yang penting ke Jepun lumpuh
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat
 Australia
 Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
William Halsey
(Armada Ke-3)
Thomas C. Kinkaid
(Armada Ke-7)
Clifton Sprague
(Taffy 3 / Task Unit 77.4.3)
Jesse B. Oldendorf
(Kumpulan Petugas 77.2)
John Augustine Collins
(Pasukan Petugas 74)
Takeo Kurita
(Pasukan Tengah)
Shōji Nishimura 
(Pasukan Selatan)
Kiyohide Shima
(Pasukan Selatan)
Jisaburō Ozawa
(Pasukan Utara)
Yukio Seki  
(Kamikazes)
Kekuatan
Jumlah 300 kapal[1]
8 kapal induk armada
8 kapal induk ringan
18 kapal induk pengiring
12 kapal tempur
24 kapal kruiser
166 kapal pembinasa dan pembinasa pengiring
Banyak Bot ronda torpedo, kapal selam, dan kapal-kapal bantuan
Lebih kurang 1,500 pesawat
Jumlah 67+ kapal
1 kapal induk armada
3 kapal induk ringan
9 kapal tempur
14 kruiser berat
6 kruiser ringan
35+ pembinasa
300+ pesawat (termasuk pesawat pangkalan darat)[2]
Kerugian dan korban
~3,000 mangsa korban;
1 kapal induk ringan,
2 kapal induk pengiring,
2 pembinasa,
1 pembinasa pengiring tenggelam
200+ pesawat
~12,500 terkorban;
1 pengangkut armada,
3 pengangkut ringan
3 kapal tempur,
10 kruiser,
11 pembinasa tenggelam
~300 pesawat[3]
Tutup

Ia telah berlaku di perairan Teluk Leyte, berhampiran kepulauan Filipina seperti Leyte, Samar dan Luzon, dari 23–26 Oktober 1944, antara gabungan tentera Amerika dan Australia dengan Tentera Laut Imperial Jepun. Pada 20 Oktober, askar Amerika menceroboh pulau Leyte sebagai sebahagian daripada strategi yang bertujuan untuk mengasingkan Jepun dari negara-negara yang ia takluki di Asia Tenggara, dan khususnya menafikan tentera dan industri penting bekalan minyaknya. Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) mengerah hampir kesemua saki baki kapal tentera laut utamanya dalam usaha untuk mengalahkan pencerobohan Bersekutu tetapi telah ditangkis oleh Armada Ke-3 dan Armada Ke-7 Tentera Laut A.S.. IJN gagal mencapai objektifnya, mengalami kerugian yang amat besar, dan tidak lagi bertempur dalam keadaan yang serupa selepas itu. Majoriti kapal-kapal beratnya yang masih selamat, tidak diberi bahan api, kekal di pangkalan mereka untuk keseluruhan Perang Pasifik.[6][7]

Pertempuran ini terdiri daripada empat pertembungan berasingan di antara kuasa-kuasa yang bertentangan: Pertempuran Laut Sibuyan, Pertempuran Selat Surigao, Pertempuran Tanjung Engaño dan Pertempuran Samar, serta pertarungan-pertarungan yang lain.[8]

Ia merupakan pertempuran pertama yang mana pesawat udara Jepun melakukan serangan teratur kamikaze.[6][7] Pada masa pertempuran, pihak Jepun mempunyai sedikit pesawat berbanding pasukan Bersekutu yang mempunyai kapal laut, menunjukkan perbezaan kuasa di kedua-dua belah pihak pada waktu peperangan ini.[9]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.