From Wikipedia, the free encyclopedia
Persidangan Kajian Semula Durban ialah nama rasmi untuk Persidangan Dunia Menentang Rasisme (bahasa Inggeris: World Conference Against Racism , WCAR) PBB 2009, juga dikenali sebagai Durban II.[1] Persidangan ini bermula pada 20 April 2009 dan dijadualkan selama lima hari, di ibu pejabat PBB di Geneva, Switzerland.[2]
Persidangan ini diadakan di bawah mandat Resolusi Perhimpunan Agung PBB 61/149 (diluluskan pada 1996) dengan mandat untuk mengkaji semula pelaksanaan perisytiharan hasil Persidangan Dunia Menentang Rasisme 2001 di Durban, Afrika Selatan.
Persidangan ini dipulaukan sepenuhnya oleh Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Israel, Itali, Jerman, Kanada, New Zealand dan Poland. Republik Czech, yang memegang kepresidenan Kesatuan Eropah semasa waktu persidangan, meninggalkannya pada hari pertama dan memboikot hari-hari seterusnya, manakala 23 negara Kesatuan Eropah cuma menghantar perwakilan peringkat rendah (bukan menteri). Negara-negara barat menyatakan kebimbangan persidangan ini akan digunakan untuk mempromosikan anti-Semitisme dan undang-undang terhadap kekufuran yang dilihat mereka sebagai berlawanan dengan prinsip kebebasan bersuara;[3][4][5][6] dan bahawa persidangan ini tidak akan menyentuh isu diskriminasi terhadap homoseksual.[7] Negara Eropah turut mengkritik pertemuan ini kerana menumpukan pada Barat dan kurang mempedulikan masalah rasisme dan sikap tidak bertoleransi di negara membangun.
Kontroversi turut berlaku dengan kedatangan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke persidangan ini kerana kenyataan-kenyataan sebelumnya mengenai Israel dan Holokus. Di hari pertama, Ahmadinejad, yang merupakan satu-satunya ketua negara yang hadir, membuat ucapan yang antara isinya mengutuk kerajaan Israel sebagai "rasis sepenuhnya." Ini menyebabkan semua perwakilan dari Kesatuan Eropah meninggalkan bilik persidangan, manakala sebahagian yang tinggal bertepuk tangan.[8] Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon melahirkan rasa terkejut terhadap kedua-dua boikot negara Barat dan ucapan Ahmadinejad.[9]
Sembilan negara memulaukan terus persidangan ini dan tidak menghantar sebarang perwakilan.
Beberapa negara tidak memboikot sepenuhnya, sebaliknya cuma menghantar perwakilan tahap rendah yang tiada pegawai kerajaan kanan:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.