From Wikipedia, the free encyclopedia
Seorang permaisuri balu, ratu balu atau bonda ratu (bandingkan: puteri balu atau bonda puteri) ialah gelaran atau status yang biasanya dipegang oleh balu seorang raja. Dalam kes balu seorang maharaja, gelaran maharani balu digunakan. Makna penuhnya jelas daripada dua perkataan tersebut: permaisuri menandakan seseorang yang berkhidmat sebagai raja permaisuri (isteri seorang raja), manakala balu menunjukkan seorang wanita yang memegang gelaran apabila suami telah meninggal dunia (seorang ratu yang memerintah dengan haknya sendiri dan tidak kerana berkahwin dengan seorang raja ialah ratu memerintah).
Bonda ratu ialah seorang permaisuri balu yang juga merupakan ibu kepada raja atau ratu yang memerintah. Pada masa ini (2020), terdapat empat orang permaisuri balu: Kesang Choden dari Bhutan (yang merupakan satu-satunya nenda ratu yang tinggal di seluruh dunia), Norodom Monineath dari Kemboja (yang juga ratu ibu), Lisa Najeeb Halaby (Noor Al'Hussein) dari Jordan, dan Sirikit Kitiyakara dari Thailand (yang juga ibu ratu). Permaisuri Ratna dari Nepal yang merupakan permaisuri balu sehingga pemansuhan monarki Nepal pada tahun 2008.
Bonda ratu ialah gelaran untuk permaisuri balu yang mana pada masa yang sama baginda menjadi bonda kepada raja atau ratu memerintah semasa. Oleh itu, setiap bonda ratu adalah dengan mengikut takrifannya juga permaisuri balu. Walau bagaimanapun, tidak semua permaisuri permaisuri ialah bonda ratu; mereka mungkin mempunyai hubungan selain daripada bonda kepada raja yang memerintah, seperti bonda saudara atau nenenda. Sebagai contoh, Mary, Ratu Scotland, ialah seorang permaisuri balu Perancis selepas kematian suaminya Francis II, yang mana dia tidak mempunyai anak. Begitu juga, Adelaide dari Saxe-Meiningen adalah permaisuri balu selepas suaminya William IV digantikan oleh Victoria anaanda saudaranya.
Tidak semua ibu seorang raja yang memerintah menjadi seorang bonda ratu atau permaisuri balu. Sebagai contoh, ibu Ratu Victoria dari United Kingdom, Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld, tidak pernah menjadi seorang permaisuri balu kerana suaminya, Edward Augustus, Duke of Kent, tidak pernah menjadi raja. Begitu juga ibu-ibu raja, kedua-dua Augusta dari Saxe-Gotha dan Srinagarindra dari Thailand tidak digelar permaisuri balu kerana suami masing-masing, Frederick, Putera Wales dan Mahidol Adulyadej, Putera Songkhla, tidak pernah menjadi raja. Sebaliknya, Augusta memegang gelaran "Dowager Princess of Wales"; manakala, Srinagarindra menerima gelaran "Bonda Puteri".
Akhir sekali, mungkin ada seorang ibu ratu dan seorang atau lebih permaisuri balu yang hidup pada satu-satu masa. Keadaan ini berlaku di alam Komanwel dalam tempoh antara pelantikan Ratu Elizabeth II pada 6 Februari 1952 dan kemangkatan nenendanya pada 24 Mac 1953. Selama lebih dari setahun, terdapat tiga permaisuri yang hidup:
Seorang permaisuri balu terus menikmati gelaran, panggilan, dan keutamaan seorang permaisuri. Walau bagaimanapun, banyak bekas raja permaisuri tidak menggunakan perkataan "balu" secara rasmi sebagai sebahagian daripada gelaran mereka.
Perhatikan bahawa di sesetengah negara yang disebut di bawah adalah tidak biasa untuk menggelarkan seorang bekas permaisuri sebagai balu.
Kini:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.