genre permainan video From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebuah judul permainan video berperanan (bahasa Inggeris: Role-playing video game), seringkali disingkatkan sebagai RPG atau boleh juga disingkat PVB, merupakan sebuah genre dalam permainan video dan komputer yang memiliki sejarah yang berkait rapat dengan permainan berperanan pada pen dan kertas[1] misalnya seperti Dungeons & Dragons, meminjam beberapa terminologi, latar, serta mekanik permainan.
Para pemain dalam sesebuah RPG mengawal salah satu daripada watak sebuah parti pengembara yang bertujuan untuk memenuhi sebuah objektif atau misi. Persamaan besar dengan permainan pen dan kertas melibatkan sebuah cerita yang berkembang dan elemen penceritaan, pembangunan watak-watak serta kedalaman penceritaan. Medium elektronik mengeluarkan keperluan untuk gamemaster dan meningkatkan kelajuan resolusi kombat. RPG telah berkembang daripada sebuah permainan berdasarkan teks kepada judul-judul dengan grafik komputer 3D.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.