Peristiwa kepupusan Perm-Trias

From Wikipedia, the free encyclopedia

Peristiwa kepupusan Perm-Trias

Peristiwa kepupusan Perm-Trias (P-Tr), umumnya dikenali sebagai Kematian Terbesar (Great Dying) atau Kepupusan Perm Terbesar (Great Permian Extinction),[2][3] terjadi sekitar 252 Ma (juta tahun) yang lalu, yang membentuk batas antara tempoh geologi Perm dan Trias, serta era Paleozoik dan Mesozoik. Hal ini ialah peristiwa kepupusan paling parah di bumi yang diketahui, dengan sehingga 96% dari semua spesies laut[4][5] dan 70% dari spesies vertebrata darat menjadi pupus.[6] Ini merupakan satu-satunya kepupusan besar-besaran yang diketahui dari serangga.[7] 57% dari semua familia dan 83% dari semua genera pupus. Kerana begitu banyak biodiversiti yang hilang, pemulihan kehidupan di Bumi memerlukan tempoh secara signifikan lebih lama dari setelah peristiwa kepupusan lain,[4] berkemungkinan sehingga 10 juta tahun.[8]

ThumbKapur
Kepadatan kepupusan laut sepanjang Fanerozoik
%
Juta tahun yang lalu
ThumbKapur
Plot kepadatan kepupusan (peratusan genera yang ada di setiap interval waktu tetapi tidak ada pada interval berikutnya) lwn waktu di masa lampau untuk genera laut.[1] Tempoh geologi diperjelaskan (dengan singkatan dan warna) di atas. Peristiwa kepupusan Perm-Trias ialah peristiwa yang paling ketara untuk genera laut, lebih dari 50% di antaranya gagal bertahan hidup (menurut sumber ini). (sumber dan info gambar)

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.