Pergelangan tangan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam anatomi manusia, pergelangan tangan ditakrifkan sebagai karpus atau tulang karpus, iaitu kompleks lapan tulang yang membentuk segmen rangka proksimal pada tangan;[1][2]; sendi pergelangan tangan atau sendi radiokarpus, iaitu sendi di antara radius dan karpus;[2]; dan bahagian anatomi yang melingkungi karpus, termasuk bahagian distal tulang lengan bawah dan bahagian proksimal metakarpus atau lima tulang metakarpus dan rangkaian sendi di antara tulang-tulang ini, maka bergelarnya sendi pergelangan tangan.[3][4] Anggota ini juga merangkumi terowong karpus, kotak sedut anatomikal, fleksor retinakulum, dan ekstensor retinakulum.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Wrist (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Sendi pergelangan tangan سندي ڤرݢلڠن تاڠن | |
---|---|
![]() Tangan manusia yang dilabelkan pergelangannya di sebelah kiri. | |
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | articulatio radiocarpea |
MeSH | D014953 |
TA | A01.1.00.026 |
FMA | FMA:24922 |
Terminologi anatomi |
Sebagai kesan daripada pelbagai takrifan ini, keretakan pada tulang karpus dipanggil keretakan karpus, sementara keretakan seperti keretakan radius distal dikira sebagai keretakan pergelangan tangan.[5]
Anatomi
Persendian
Sendi-sendi radiokarpus, interkarpus, midkarpus, karpometakarpus, dan intermetakarpus sering saling berhubung melalui satu rongga sinovial terkongsi. [6]

Tangan ekstrinsik
Sendi radioulna distal adalah sendi pangsi yang terletak di antara tulang-tulang lengan bawah, radius dan ulna. Terbentuk oleh hulu ulna dan takuk ulna radius, sendi ini terpisah dari sendi radiokarpus oleh sekeping cakera artikular yang terletak di antara radius dan proses stiloid ulna. Kapsul sendi ini longgar dan menjangkau dari reses saksiform inferior kepada syaf ulna. Bersama dengan sendi radioulna proksimal, sendi radioulna distal memboilehkan pronasi dan supinasi.[7]
Sendi radiokarpus atau sendi pergelangan tangan radiocarpal joint merupakan sendi elipsoid yang terbentuk oleh radius dan cakera atikular secara proksimal, dan baris proksimal tulang karpus secara distal. Tulang karpal pada sebelah ulna hanya melakukan sentuhan berjeda dengan sebelah proksimale — trikuetrum hanya bersentuhan ketika abduksi ulna. Kapsul yang kendur dan tidak bercabang itu nipis di sebelah dorsal dan mungkin mengandungi lipatan sinovial. Kapsul itu selanjar dengan sendi midkarpus dan dikuatkan oleh berbilang ligamen, termasuklah ligamen radiokarpus palma dan dorsal, dan ligamen kolateral ulna dan radius. [8]
Tulang karpus tangan:
Proksimal:
A=Skafoid, B=Lunat, C=Trikuetrum, D=Pisiform
Distal:
E=Trapezium, F=Trapezoid, G=Kapitat, H=Hamat
Di dalam tangan, sejumlah 13 batang tulang membentuk pergelangan, iaitu lapan batang tulang karpus—skafoid, lunat, trikuetrum, pisiform, trapezium, trapezoid, kapitat, dan hamat— dan lima tulang metakarpus—iaitu yang pertama, kedua, ketiga, keempat, dan kelima.[9]
Sendi midkarpus adalah ruang sendi berbentuk S yang memisahkan baris tulang karpus proksimal dan distal. Sendi-sendi interkarpus di antara tulang-tulang setiap baris, dikuatkan oleh ligamen karpus radius dan pisohamat serta ligamen palma, interos, dan dorsal. Mungkin terdapat suatu takat kebolehgerakan sesama tulang-tulang di baris proksimal sementara tulang-tulang baris distal bersambung sesama sendiri dan dengan tulang metakarpus —di sendi karpometakarpus— oleh ligamen-ligamen kuat —ligamen pisometakarpus, karpometakarpus palma and dorsal— yang membentuk satu entiti berfungsi daripada tulang-tulang ini. Di samping itu, sendi-sendi di antara asas-asas tulang metakarpus, iaitu persendian intermetakarpus, dikuatkan oleh ligamen intermetakarpus dorsal, interos, dan palma. [8]
Catatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.