From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Saudara Lubnan (Arab: الحرب الأهلية اللبنانية ) adalah merupakan satu siri perang saudara yang berlaku di Lubnan. Ia meletus pada tahun 1975 sehingga tahun 1990 dan mengakibatkan kira-kira 150,000 hingga 230,000 kematian pada orang awam dan sejuta orang (satu suku dari jumlah penduduk) cedera. Pada masa ini juga, hampir sejuta penduduk melarikan diri keluar dari Lubnan secara besar-besaran.
Perang Saudara Lubnan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Patung di Dataran Syahid Beirut, 1982, semasa perang saudara | ||||||||
| ||||||||
Pihak yang terlibat | ||||||||
Lebanese Front Briged Marada (meninggalkan LF pada 1978; menyokong Syria) |
LNM (sehingga 1982) Fail:Noumour.jpg Harimau Bebas (bermula 1980, menyokong PLO) Pergerakan Amal Hezbollah (bermula 1982)* Syria (bermula 1983; See Pendudukan Syria di Lubnan) Pergerakan Penyatuan Islam (bermula 1982) |
Pasukan Pencegahan Arab (1976-1983) UNIFIL (bermula 1978) Pasukan Pelbagai Negara di Lubnan (1982-1984) | ||||||
Komandan dan pemimpin | ||||||||
Bachir Gemayel † Tony Frangieh † Suleiman Frangieh |
Kamal Jumblatt † Nabih Berri Fail:Noumour.jpg Elias Hannache Abbas al-Musawi Said Shaaban |
Timothy J. Geraghty | ||||||
Kerugian dan korban | ||||||||
|
|
| ||||||
130,000–250,000+ mati 1,000,000 cedera (separuh darinya cacat seumur hidup) |
Pencetus akan perang ini dipercayai bermula sejak kompromi politik dan konflik sebaik sahaja berakhirnya pentadbiran Lubnan oleh Empayar Uthmaniyyah. Perang Dingin mempunyai kesan perpecahan kuasa yang besar di Lubnan, yang mana berkait rapat dengan pemusatan yang telah mencetus krisis politik tahun 1958. Penubuhan negara Israel dan pengusiran beratus ribu pelarian Palestin ke Lubnan (sekiatar 10% dari jumlah penduduk Lubnan) telah menukar demografi Lubnan dan menjadi asas pada pembabitkan jangka panjang Lubnan di dalam konflik di wilayah ini. Menjelang 1975, kehadiran pasukan tentera asing dalam bentuk gerila Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang melakukan veto dalam politik Lubnan, membawa kesan serius. Pelarian Palestin yang membawa senjata, dan ketibaan pasukan gerila PLO, mencetus perlumbaan senjata di kalangan kumpulan pecahan politik di Lubnan.
Selepas rehat yang pendek ekoran campur tangan Liga Arab dan Syria pada tahun 1976, persengketaan Lubnan-Palestin bersambung, dengan fokus pertempuran di selatan Lubnan, yang mana diduduki oleh PLO sejak tahun 1969, menyalahi Persetujuan Kaherah yang ditandatangani dengan kerajaan Lubnan. Semasa tempoh ini, persekutuan pihak bertukar dengan pantas dan tidak dijangka: menjelang akhir perang, hampir kesemua pihak yang bersekutu telah membelot sekutunya sekurang-kurangnya sekali. Pada tahun 1980-an, kebanyakan kawasan di Beirut hancur akibat pembunuhan beramai-ramai Karantina pada tahun 1976 yang dilakukan oleh Barisan Lubnan, Tentera Darat Syria mengebom kejiranan Kristian pada tahun 1978 dan 1981, dan pencerobohan Israel pada tahun 1982 yang mengeluarkan PLO dari Lubnan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.