From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyatuan semula China, lebih tepat lagi "Penyatuan semula antara selat" (Cross-strait (re)unification), ialah suatu konsep iredentis China Raya yang berhasrat menyatukan Republik Rakyat China dan Taiwan kepada suatu negara berdaulat. Konsep ini dibangunkan pada tahun 1970-an sebagai salah satu strategi Parti Komunis China demi mendekati "isu [berkaitan] Taiwan" apabila China mula menjalinkan hubungan diplomatik bersama beberapa negara asing termasuk Amerika Syarikat[1] dan Jepun.[2]
Majoriti penduduk Taiwan menyokong status quo sedia ada demi mengelakkan pergelutan bersenjata dengan China, namun ada sebahagian penduduk yang ingin menetapkan status Taiwan sebagai suatu entiti yang tersendiri yang memisahkan identiti Cinanya daripada entiti politik China (台灣正名運動, Taiwan zhengmin yundong).[3]
Penyatuan segera tidak disokong mana-mana parti politik dalam Taiwan. Pendirian Parti Dekat dengan Rakyat mahukan status quo dikekalkan manakala Kuomintang menyatakan keutamaan mempertahankan kedaulatan Republik China serta status "China yang satu" yang lebih memihak kepada pemerintah Republik China. Parti-parti tersebut yang membentuk "Pakatan Se-Biru" ini dilihat sebagai penyokong secara tradisi - yakni mereka mahu Taiwan mengaitkan budayanya sendiri dengan China tanpa melepaskan sebarang identiti negara yang tersendiri.
Penduduk Tanah Besar mempunyai pendapat yang agak berkepincangan mengenai pedekatan ini, di mana banyak mengambil pertimbangan kawasan strategik Taiwan yang berdekatan dengan Laut China Selatan setra kerjasamanya dengan Amerika Syarikat]] yang dilihat bisa menggugat Republik Rakyat China.[4]
Banyak penduduk Tanah Besar riasu akan ancaman pergerakan Kemerdekaan Taiwan (“台独 ”) yang dilihat sama ada sebaagi puak pemisah radikal,[5] sebagai pihak yang ingin menunjukkan suatu "muka poliitk" berlagak kuat senata-mata sehingga menggadaikan pembangunan Taiwan.[6] Kerisauan ini semakin membuak dengan pelantikan Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik yang mendokong pergerakan ini sebagai Presiden Taiwan, di mana polisi-polisi beliau dianggap bisa memecahbelahkan China serta memburukkan hubungan antara China dan Taiwan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.