Penyata kewangan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Remove ads
Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain.

Penyata kewangan memberikan rumusan keseluruhan kedudukan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau individu perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:[1]
- Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
- Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
- Penyata Perubahan Ekuiti Pemilik: Menerangkan perubahan dalam ekuiti pemilik sesuatu syarikat atau entiti.
- Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.
Bagi entiti besar, penyata kewangan ialah kompleks dan merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Hal ini merupakan bahagian penyata kewangan yang penting.
Remove ads
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads