From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengembangan terma (bahasa Inggeris: thermal expansion[1]) adalah kecenderungan jirim berubah dari segi bentuk, keluasan dan isipadu sebagai tindak balas jirim tersebut kepada perubahan suhu.[2]
Bahan pepejal cenderung mengekalkan bentuknya ketika menjalani pengembangan terma tidak sepeti gas atau cecair..
Pengembangan terma secara umumnya berkurangan dengan peningkatan ikatan tenaga yang juga memberi kesan kepada titik lebur pepejal, oleh itu, bahan yang mempunyai titik lebur yang tinggi lebih cenderung mengembang pada kadar yang rendah. Secara keseluruhannya, cecair mengembang sedikit daripada pepejal. Pengembangan terma kaca lebih tinggi jika dibandingkan dengan kristal.[3] Pada suhu peralihan kaca suhu, penyusunan semula yang berlaku dalam sesuatu bahan amorfik boleh membawa kepada ciri-ciri ketidaksinambungan atau ketidakselanjaran (discontinuity) pekali atau koefisien pengembangan terma dan haba khusus. Ketidaksinambungan ini membenarkan suhu peralihan kaca dikesan di mana cecair yang disejukkan dengan melampaunya berubah menjadi kaca.[4]
Penyerapan atau penyahserapan air (atau pelarut lain) boleh menukar saiz banyak bahan-bahan biasa; banyak bahan-bahan organik lebih berubah saiznya disebabkan kesan ini berbanding daripada pengembangan terma. Plastik biasa yang terdedah kepada air boleh mengembangkan seberapa banyak kali dari bentuk asalnya dalam suatu jangka masa yang panjang.
Pengembangan dan pengecutan bahan mesti dipertimbangkan apabila mereka bentuk struktur besar, menggunakan pita atau rantai pengukur untuk mengukur jarak untuk tujuan tinjauan tanah, ketika mereka bentuk acuan untuk penuangan bahan panas, dan aplikasi kejuruteraan lain yang mengira perubahan besar dalam dimensi akibat suhu.
Pengembangan yang disebabkan haba perlu diambil kira dalam bidang kejuruteraan. Antara contoh-contoh pertimbangan ini:
Jangka suhu atau termometer juga menggunakan prinsip pengembangan terma ini – kebanyakan alat ini mengandungi cecair (biasanya raksa atau alkohol) yang dikekang mengalir dalam satu arah (sepanjang tiub) disebabkan oleh perubahan dalam isipadu yang dibawa oleh perubahan suhu. Termometer mekanikal dwilogam menggunakan jalur dwilogam yang membengkok disebabkan oleh pengembangan haba dua logam berbeza.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.