From Wikipedia, the free encyclopedia
Penerbangan 5017 Air Algérie (AH5017/DAH5017) ialah penerbangan penumpang antarabangsa berjadual dari Ouagadougou, Burkina Faso, ke Algiers, Algeria yang terhempas pada 24 Julai 2014 berhampiran Gossi, Mali. Pesawat McDonnell Douglas MD-83 ini membawa 112 penumpang dan 6 orang anak kapal dan dikendalikan oleh Swiftair untuk Air Algérie. Ia hilang daripada radar 50 minit selepas berlepas. Tidak ada penumpang yang terselamat.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Julai 2014)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 24 Julai 2014 |
Ringkasan | Terhempas; dalam siasatan |
Tapak kejadian | Tenggara Gossi, Mali |
Pesawat | |
Jenis pesawat | McDonnell Douglas MD-83 |
Pengendali | Swiftair untuk Air Algérie |
Kod pendaftaran | EC-LTV |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Ouagadougou, Burkina Faso |
Destinasi | Lapangan Terbang Houari Boumediene, Algiers, Algeria |
Penumpang | 112 |
Anak kapal | 6 |
Kematian | 118 (semua) |
Terselamat | 0 |
Punca kemalangan ini masih belum diketahui; pihak berkuasa Mali sedang menjalankan penyiasatan dengan bantuan Biro Siasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Sivil Perancis.
Peristiwa ini merupakan kemalangan udara utama ketiga dalam jangka masa seminggu yang melibatkan penerbangan komersial, dan merupakan yang kedua tanpa mangsa yang terselamat. Peristiwa ini berlaku selepas kejadian tembak jatuh Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia pada 17 Julai dan peristiwa terhempasnya Penerbangan 222 TransAsia Airways pada 23 Julai.
Penerbangan ini berlepas daripada Lapangan Terbang Ouagadougou pada 1:07 pagi waktu tempatan (UTC) pada 24 Julai 2014. Ia dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Houari Boumediene, Algiers pada 5:10 pagi.[1] Air Algérie terputus hubungan dengan penerbangan tersebut pada 1:55 pagi, kira-kira 50 minit selepas ia berlepas.[2] Bangkai kapal terbang ditemui di tenggara Gossi, Mali, dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tiba untuk melindungi tapak kejadian pada 25 Julai.[3]
Pada 28 Julai, telah didedahkan bahawa anak kapal penerbangan tersebut telah meminta untuk berpatah balik ke Burkina Faso setelah meminta kebenaran untuk menyimpang daripada laluan asal disebabkan cuaca buruk.[4] Pada masa itu, terdapat sistem perolakan mesoskala di kawasan tersebut.[5]
Pihak berkuasa Mali telah memulakan satu penyiasatan terhadap bencana ini. Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) Perancis akan memberikan bantuan teknikal bagi tujuan tersebut. Pada 27 Julai, peninjau BEA telah tiba di kawasan kejadian untuk mengumpul bahan bukti.[3] Kedua-dua kotak hitam telah ditemui; data daripada perakam data penerbangan telah dibaca, tetapi perakam suara kokpit telah mengalami kerosakan dan memerlukan sedikit usaha untuk dibaca.[6][7]
Negara | Penumpang |
---|---|
Algeria | 6 |
Belgium | 1 |
Burkina Faso | 28 |
Cameroon | 1 |
Jerman | 4 |
Kanada | 5 |
Lubnan | 6 |
Luxembourg | 2 |
Mali | 1 |
Mesir | 1 |
Nigeria | 1 |
Perancis | 52 |
Sepanyol | 6 |
Switzerland | 1 |
United Kingdom | 1 |
Jumlah | 116 |
Terdapat 112 orang penumpang di dalam pesawat tersebut; daripada angka tersebut, 54 orang adalah warga Perancis. Penumpang-penumpang lain datangnya dari Burkina Faso, Lubnan, Algeria, Sepanyol, Kanada, Jerman dan Luxembourg.[9] Wakil Air Algérie di Burkina Faso, Kara Terki, telah memberitahu di dalam satu sidang akhbar bahawa semua penumpang sedang dalam transit ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.[10] Keenam-enam anak kapal merupakan warga Sepanyol.[11][12]
Pada 25 Julai, Presiden Perancis François Hollande menyatakan bahawa tidak ada penumpang yang terselamat.[13]
Pesawat yang terlibat dalam kemalangan ini adalah pesawat McDonnell Douglas MD-83, berpendaftaran EC-LTV, MSN 53190, nombor barisan 2148. Ia pertama kali terbang pada Jun 1996. Pesawat ini terbang dengan enjin Pratt & Whitney JT8D.[1]
Pesawat ini diperoleh oleh Swiftair, pengendali penerbangan carter, dan didaftarkan semula sebagai EC-LTV pada tahun 2012.[14] Ia telah dipajak basah kepada Air Algérie pada 22 Jun 2014 untuk menyediakan lebih banyak kapasiti untuk musim panas.[14][15][1][16]
Ketika kehilangannya, EC-LTV telah mencapai lebih daripada 32,000 kitaran.[nota 1] Pengarah Direktorat Jeneral bagi Penerbangan Sivil (DGAC) Perancis, Patrick Gandil, mengatakan bahawa pesawat itu telah diperiksa di Perancis "dua ke tiga hari lalu" dan ia berada "dalam keadaan baik".[17]
Pendakwa-pendakwa di Paris telah memulakan penyiasatan awal bagi "pembunuhan secara tidak sengaja".[18]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.