Penangkapan ikan ialah sebarang aktiviti untuk menangkap ikan. Istilah ini tidak bererti bahawa haiwan yang ditangkap ialah ikan, namun istilah ini juga mencakupi moluska, sefalopod, krustasea dan ekinoderma, dan hawian laut yang ditangkap tidak selalunya haiwan laut yang hidup di alam liar, tetapi juga termasuk haiwan dalam akuakultur. Kaedah yang digunakan adalah pelbagai seperti dengan tangan, tombak, jala, kail, dan jebakan ikan. Istilah penangkapan ikan terkadang juga mencakup usaha penangkapan mamalia air seperti ikan paus (lihat penangkapan ikan paus).

Thumb
Para pemancing di Sri Lanka
Thumb
Memancing dengan jaring, Mexico

Berdasarkan data Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO), jumlah pengusaha penangkapan ikan komersial dan akuakultur ialah sekitar 38 juta orang dan memberikan pekerjaan kepada 500 juta orang secara langsung mahupun tidak.[1] Pada tahun 2005, jumlah pemakanan ikan yang ditangkap di alam liar per kapita ialah 14.4 kilogram setahun, sedangkan daripada akuakultur ialah 7.4 kilogram.[2]

Penangkapan ikan telah dilakukan sejak zaman prasejarah, yakni sekitar zaman paleolitik (40 ribu tahun lalu).[3] Analisis isotopik daripada sisa tulang manusia Tianyuan berusia 40 ribu tahun diketahui bahawa empunya badan telah makan ikan air tawar secara berkala.[4][5] Ciri-ciri arkeologi seperti kumpulan sampah makanan,[6] sisa tulang ikan dan lukisan gua menunjukan bahwa makanan laut diambil sebagai cara kemandirian hidup utama. Selama masa itu, manusia secara utamanya hidup sebagai pemburu-pengumpul dan hidup nomad secara. Namun di Lepenski Vir, terdapat petempatan manusia purba yang dikatakan bersifat tetap dan mereka sangat terkait dengan aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber makanan utama.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.