Pemerintah Perancis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pemerintah Republik (Kelima) Perancis (Perancis: Gouvernement de la République française) melaksanakan kuasa eksekutif dalam negara Perancis. Ia terdiri daripada Perdana Menteri Perancis yang bertindak sebagai ketua pemerintah serta kedua-dua pegawai bawahan junior dan kanan;[1] pegawai kanan digelar "Menteri" (Perancis: Ministres) manakala pegawai jdiberi nama "Setiausaha Negara". (Perancis: Secrétaires d'État).
Ia mempunyai sebuah Majlis Menteri (Perancis: Conseil des ministres) yang bertindak sebagai badan eksekutif didirikan Perlembagaan Perancis serta diketuai Presiden Republik Perancis.
Remove ads
Pembentukan
Semua anggota pemerintah dilantik Presiden Republik atas nasihat Perdana Menteri.[2] Anggota-anggota tersebut diberi pangkat secara tepat mengikut urutan masa dalam pembentukan pemerintah; Perdana Menteri Perancis dilantik pada tahap tertinggi sebagai ketua pemerintah atas izin Presiden - Presiden boleh melantik sesuka hatinya namun digalakkan memilih calon dikehendaki kebanyakan dalam Perhimpunan Kebangsaan Perancis, hal ini kerana pemerintah bertindak langsung kepada Parlimen Perancis.[3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads