From Wikipedia, the free encyclopedia
Pelumba Malam merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 1989 arahan A. R. Badul. Filem Pelumba Malam diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Pelumba Malam | |
---|---|
Pengarah | A. R. Badul |
Dihasilkan oleh | Zainal Nazeri Zainuddin |
Dibintangi | Sabree Fadzil Noreen Noor |
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Muzik oleh | P.H Lim A. R. Badul |
Syarikat penerbitan | Pengedar Utama Sdn. Bhd. (kini Primeworks Studios) |
Tarikh tayangan | 1989 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Pelumba Malam mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sabree Fadzil, Noreen Noor dan ramai lagi.
Filem Pelumba Malam diarah oleh pengarah A. R. Badul pada 1989.
Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. Sepanjang Rizal di hospital, Ema yang telah lama menjadi teman Rizal secara menyamar menceritakan latar belakang kegiatan Rizal kepada Jeff. Akhirnya Rizal dapat tahu yang Ema bekerja rapat dengan Jeff. Rizal mengambil langkah menawan Ema sebagai tebusan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.