From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam matematik, pekali ialah faktor perkalian bagi sesuatu sebutan dalam sesuatu ungkapan (atau daripada sesuatu janjang aritmetik). Biasanya pekali adalah nombor. Sebagai contoh, dalam
dua istilah pertama masing-masing pekalinya ialah 7 dan -3 manakala sebutan 1.5 ialah pemalar. Pekali bagi sebutan terakhir tidak ditulis, namun ia dianggap mempunyai pekali 1, kerana jika didarab 1, nilainya tetap sama. Pekali juga boleh berupa parameter bagi masalah, seperti a, b, dan c dalam
Dalam algebra linear, pekali pelopor bagi sesuatu baris dalam sesuatu matriks ialah ahli bukan sifar yang pertama dalam baris tersebut. Jadi, jika diberikan
maka, pekali pelopor bagi baris pertama ialah 1; 2 ialah pekali pelopor bagi baris kedua; 4 pula untuk baris ketiga, manakala tiada pekali pelopor dalam baris terakhir.
Walaupun pekali selalu ditunjukkan sebagai pemalar dalam algebra asas, ia—secara am—lebih tepat dianggap sebagai pemboleh ubah. Sebagai contoh, koordinat bagi vektor dalam ruang vektor dengan asas , ialah pekali bagi vektor asas dalam ungkapan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.