From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Rakyat Kemboja (Khmer: គណបក្សប្រជាជនកម្ពុជា , Kanakpak Pracheachun Kâmpuchéa, KPK atau CPP) ialah parti pemerintah di Kemboja kini.
Parti Rakyat Kemboja | |
---|---|
Pemimpin | Hun Sen |
Presiden | Chea Sim |
Ditubuhkan | Mei 1981 (Parti Revolusioner Rakyat Kampuchea), 1991 (dinamakan semula) |
Ideologi | Sosialisme reformis[1] Dahulu: Komunisme Marxisme–Leninisme |
Perhimpunan Kebangsaan | 68 / 123
|
Senat | 46 / 57
|
Komun | 1,592 / 1,633
|
Laman sesawang | |
www.cpp.org.kh | |
Politik Kemboja Parti politik Pilihan raya |
Semasa penubuhannya, parti ini dikenali sebagai Parti Revolusioner Rakyat Kampuchea (KPRP). Ia merupakan satu-satunya parti sah di Republik Rakyat Kampuchea dan dua tahun pertama Kemboja. Namanya ditukar sewaktu masa peralihan, apabila sistem satu parti, serta ideologi Marxis-Leninis ditinggalkan.
Ketika ini, parti ini memiliki majoriti mutlak dalam kedua-dua Perhimpunan Kebangsaan dan Senat, namun memerintah dalam kerajaan campuran dengan parti FUNCINPEC setiaraja. Perdana Menteri kini, Hun Sen, ialah naib presiden parti. Parti ini menggunapakai dasar Sosialisme reformis. Dalam pilihan raya terbaharu pada Julai 2013, KPK mendapat 68 daripada 123 kerusi parlimen, turun daripada 90 kerusi sebelumnya.[2]
Pilihan raya | Kerusi dimenangi | Jumlah undi | Peratus undi | Keputusan | Ketua |
---|---|---|---|---|---|
1993 | 51 / 120 |
1,533,471 | 38.2% | ▲51 kerusi; kerajaan campuran (FUNCINPEC-CPP) | Hun Sen |
1998 | 64 / 122 |
2,030,790 | 41.4% | ▲13 kerusi; kerajaan campuran (CPP-FUNCINPEC) | Hun Sen |
2003 | 73 / 123 |
2,447,259 | 47.3% | ▲9 kerusi; kerajaan campuran (CPP-FUNCINPEC) | Hun Sen |
2008 | 90 / 123 |
3,492,374 | 58.1% | ▲17 kerusi; kerajaan campuran (CPP-FUNCINPEC) | Hun Sen |
2013 | 67 / 123 |
2,555,030 | 49.36% | ▼23 kerusi; | Hun Sen |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.