From Wikipedia, the free encyclopedia
Pandemik koronavirus 2019–20 seluruh dunia disahkan telah mencapai Armenia pada 1 Mac 2020 sewaktu kes pertamaya disahkan. Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menyebar ke seluruh wilayah (marz) di Armenia, dan menyebabkan 42 kematian.
Pandemik koronavirus 2020 di Armenia | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Armenia |
Asal wabak | Tehran, Milan |
Kes indeks | Yerevan |
Tarikh ketibaan | 1 Mac 2020 (4 tahun, 6 bulan, 1 minggu dan 1 hari) |
Kes yang disahkan | 2,884 |
Sembuh | 1,185 |
Kematian | 42 |
Laman web rasmi | |
https://ncdc.am/coronavirus/confirmed-cases-by-days/ |
Armenia telah menangguhkan perjalanan bebas visa untuk warga China sejak 1 Februari, tidak lama selepas negara tersebut menguatkuasakan rejim bebas visa 90 hari pada 19 Januari. Warta Iran juga tidak lagi menerima visa semasa ketibaan. Selain itu, para penumpang yang berasal dari sebahagian besar Eropah, serta Jepun dan Korea Selatan, dalam. tempoh14 hari, tidak lagi dibenarkan untuk memasuki Armenia.[1] Sempadan Armenia dengan Republik Artsakh juga ditutup dalam rangka mencegah virus tersebut menyebar ke republik yang tidak diiktiraf (sebuah negara yang wilayahnya merupakan bahagian de-jure dari Azerbaijan), yang mengadakan pilihan raya umum pada 31 Mac.
Sebelum virus tersebut disahkan tiba ke Armenia, 118 ujian dilakukan pada Februari dengan hasil negatif. Sehingga kini, Armenia dilaporkan telah melakukan 15.860 ujian, 1.523 diantaranya positif (kes COVID-19 yang disahkan).
Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa novel koronavirus ialah penyebab penyakit pernafasan kepada sekumpulan orang di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[2][3]
Nisbah kematian kes untuk COVID-19 lebih rendah daripada SARS 2003,[4][5] tetapi penyebarannya jauh lebih besar, dengan jumlah kematian yang besar.[6][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.