Dalam bidang kesihatan, pakar bedah ialah seorang doktor pakar dalam bidang pembedahan. Pembedahan pula ialah sebuah bidang rawatan perubatan yang luas yang melibatkan pemotongan tubuh badan, sama ada tubuh manusia ataupun binatang, bagi tujuan khusus seperti untuk membuang tisu yang tidak sihat, ataupun untuk memperbaiki tisu yang rosak atau koyak. Kerjaya pakar bedah terdapat dalam pelbagai bidang iaitu podiatri, pergigian, ortodontik dan bidang veterinar.
Sejarah
Individu pertama yang mendokumenkan pembedahan adalah pakar bedah doktor India abad ke-6, Sushruta. Beliau pakar dalam pembedahan plastik kosmetik dan juga mendokumenkan operasi rinoplasti[1] Karya agungnya, Suśruta-saṃhitā adalah salah satu karya yang paling penting dalam karya-karya kuno mengenai perubatan dan dianggap sebagai teks asas kedua-dua Ayurveda dan pembedahan. Karya ini membahas semua aspek perubatan umum, tetapi penerjemah G. D. Singhal menggelar Suśruta "bapa intervensi pembedahan" kerana penerangan pembedahan yang sangat tepat dan terperinci dalam karyanya[2]
Selepas kemunculan Sekolah Perubatan Sushruta di India, pembedahan sebahagian besarnya diabaikan sehingga ahli bedah Zaman Kegemilangan Islam Al-Zahrawi (936-1013) membentuk semula pembedahan sebagai amalan perubatan yang berkesan. Dia dianggap ahli bedah zaman pertengahan terhebat yang muncul dari Dunia Islam, dan juga telah digambarkan sebagai bapa pembedahan.[3] Sumbangan besarnya kepada perubatan adalah Kitab al-Tasrif, ensiklopedia tiga puluh jilid amalan perubatan.[4] Beliau merupakan doktor pertama yang menggambarkan kehamilan ektopia, dan doktor pertama untuk mengenal pasti sifat perwarisan hemofilia.[5]
Sumbangan perintisnya kepada bidang prosedur dan instrumen pembedahan mempunyai kesan besar terhadap pembedahan tetapi pada abad kelapan belas, pembedahan itu muncul sebagai disiplin perubatan yang berbeza di England.[5]
Pakar bedah perintis
- Sushruta (yang pertama mendokumenkan pembedahan terbuka rinoplasti [1])
- Al-Zahrawi, dianggap sebagai salah seorang pakar bedah zaman pertengahan dan seorang bapa pembedahan.[6]))
- Charles Kelman (menemui phacoemulsification, teknik pembedahan katarak moden)
- William Stewart Halsted (mengasaskan penempatan latihan pembedahan di A.S., perintis dalam banyak bidang)
- Alfred Blalock (pembedahan jantung terbuka pertama yang berjaya pada tahun 1944)
- C. Walton Lillehei (berlabel "Bapa pembedahan jantung terbuka")
- Christiaan Barnard (pembedahan jantung, pemindahan jantung pertama)
- Victor Chang (Perintis pemindahan jantung Australia)
- John Hunter (Scotland, yang dilihat sebagai bapa pembedahan moden, melakukan ratusan pembedahan, berkhidmat sebagai model untuk Dr. Jekyll.)
- Sir Victor Horsley (pembedahan neuro)
- Lars Leksell (pembedahan neuro, pencipta radiosurgeri)
- Joseph Lister (penemu sepsis pembedahan, Listerine dinamakan dengan nama beliau sebagai penghormatan)
- Harvey Cushing (perintis, dan sering dianggap bapa neurosurgeri moden)
- Paul Tessier (Pakar Bedah Perancis, Bapa pembedahan kraniofasial)
- Gholam A. Peyman (Pencipta LASIK,[7])
- Ioannis Pallikaris (pakar bedah Yunani yang melakukan prosedur LASIK pertama pada mata manusia.)[8] membangunkan Epi-LASIK.[9])
- Nikolay Pirogov (pengasas pembedahan lapangan)
- Valery Shumakov (perintis implan organ tiruan)
- Svyatoslav Fyodorov (pencipta keratotomi radial)
- Gazi Yasargil (ahli bedah saraf Turki, pengasas pembedahan neurosurgeri mikro)
- Rene Favaloro (pakar bedah pertama melakukan bedah pintas)
- Michael R. Harrison (perintis pembedahan janin)
- Michael DeBakey (pendidik dan inovator dalam bidang pembedahan jantung)
- Fidel Pagés (perintis anestesia epidural)
- Wilder Penfield (neurosurgeri)
- Harold Gillies (perintis pembedahan plastik)
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.