parti politik di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), lebih dikenali sebagai Parti Banteng (Lembu), adalah salah satu parti politik Indonesia yang besar.
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan Indonesian Democratic Party-Struggle | |
---|---|
Pemimpin | Megawati Soekarnoputri (sejak 1999) (ketua umum) Hasto Kristiyanto (setiausaha agung) |
Ditubuhkan | 1999 |
Ibu pejabat | Jakarta |
Laman sesawang | |
www.pdi-perjuangan.or.id |
Pembentukan PDI-P dapat dikaitkan dengan Peristiwa 27 Julai 1996 yang menyebabkan kemunculan Megawati Soekarnoputri daripada kancah politik kebangsaan. Walaupun sebelum peristiwa ini, Megawati tercatat sebagai Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia dan anggota Suruhanjaya I DPR, namanya dikenal diseluruh Indonesia setelah peristiwa itu.
PDI-P ditubuhkan oleh Presiden Jusuf Habibie untuk menyertai Pilihan raya umum 1999. Dalam pilihan raya umum ini, PDI-P memperoleh peringkat pertama untuk suara DPR dengan memperoleh 151 kerusi. Walaupun demikian, PDI-P gagal melantik Megawati ke jawatan presiden, kerana beliau kalah undi dalam Persidangan Umum MPR 1999 kepada Abdurrahman Wahid. Oleh sebab itu, Megawati menduduki kerusi timbalan presiden. Setelah Abdurrahman Wahid turun daripada jabatan presiden pada tahun 2001, PDI-P menempatkan Megawati ke jawatan presiden.
Dalam Pilihan raya Dewan Undangan 2004, perolehan suara PDI-P turun ke peringkat kedua, dengan 109 kerusi. Untuk Pemilihan Presiden 2004, PDI-P kembali mencalonkan Megawati sebagai calon presiden, berpasangan dengan KH Hasyim Muzadi sebagai calon timbalan presiden.[1] Pada pilihan raya tahun 2014 PDI-P menduduki peringkat teratas parti dan berhasil mencalonkan Joko Widodo sebagai presiden republik Indonesia, Joko Widodo menang dengan majoriti 53.15%.[2] PDI-P juga meneruskan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Indonesia 2019 dengan Joko Widodo sekali lagi menewaskan Prabowo Subianto dengan jumlah 55.5% majoriti.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.