PC World
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
PC World merupakan sebuah majalah komputer global terbitan secara bulanan oleh IDG.[perlu rujukan] Majalahnya memberi nasihat dalam beberapa sudut dan aspek komputer peribadi dan barangan berkaitan dengannya, disamping Internet, dan produk-produk teknologi peribadi lain termasuklah perkhidmatan. Dalam setiap publikasinya, PC World mengulas dan menguji produk-produk perkakasan dan perisian daripada berbagai-bagai pengeluar, selain daripada peranti dan alatan teknologi yang berkaitan misalnya seperti kamera video statik, alat-alat audio elektronik dan televisyen.
Editor | Steve Fox |
---|---|
Kategori | Majalah komputer |
Kekerapan | Bulanan |
Edaran | 745,000 [1] |
Isu pertama | Mac 1983 |
Syarikat | IDG |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Laman web | www.pcworld.com |
ISSN | 0737-8939 |
Pengarah editorial PC World kini merupakan sebuah wartawan teknikal iaitu Steve Fox, bermula dengan isu Disember 2008 majalahnya. Dia menggantikan editor terdahulu iaitu Harry McCracken, yang telah melepaskan jawatannya musim bunga tersebut.[perlu rujukan]
PC World diterbitkan di bawah nama-nama lain seperti PC Advisor dan PC Welt di sebahagian negara lain. Nama syarikat PC World ialah PC World Communications, dan beribu pejabat di San Francisco, California.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.