badan kemanusiaan luar negara di bawah Parti Islam Se-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
PAS Humanitarian Affair & Relief Centre atau PAS Relief merupakan sebuah pusat bagi menangani isu-isu kemanusiaan serantau dan antarabangsa yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia di bawah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. PAS Relief kini diketuai oleh Pengerusi, Tuan Haji Muhamad Sanusi Md Nor[1].
PAS Relief ditubuhkan pada Mac 2017, Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim Rohingya di Arakan Myanmar, di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.
Selain itu HRC @ PAS Relief akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.
PAS Relief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat[2].
Rombongan PASRelief Terengganu seramai 10 orang delegasi diketuai Dato' Haji Yahaya Ali bersama Pengerusi PAS Relief Malaysia Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah berjaya melaksanakan beberapa projek kemanusiaan untuk membantu umat Islam Rohingya[3].
Bantuan disampaikan sendiri kepada mereka di kem-kem seperti kem Balukhali, Kem Thengkhali, Kem Palungkhali, Kem Kuthupalong dan Kem Chakmakul.
Sebahagian projek seperti agihan makanan, selimut dan pakaian sekolah untuk anak-anak Rohingya telah dilaksanakan dan sebahagian lain telah diserahkan duit kepada NGO tempatan iaitu Coperation Of Humanity Activities (CHA).
Wakilnya Selimullah Musted Ahmad bertanggungjawab merealisasikan semua projek tajaan PASRelief dan akan memantau serta memberikan laporan untuk semua perkembangan semua projek itu, sehingga siap, insyaAllah.
Projek Projek yang dilaksanakan oleh Pasrelief Terengganu adalah seperti berikut :
Semua projek yang bernilai RM500,000 itu telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu. Rombongan mereka juga telah dibawa melihat sendiri projek ‘shelter home’, tubewell’, masjid yang telah dilaksanakan oleh PASRelief sebelum ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.