Osram

From Wikipedia, the free encyclopedia

OsRam Licht AG ialah pengilang pencahayaan multinasional Jerman beribu pejabat di München.[4] Nama syarikat ini menggabungkan nama unsur-unsur osmium dan Wolfram (perkataan bahasa Jerman untuk tungsten), dua elemen asas bahan membuat filamen mentol lampu semasa syarikat ini mula ditubuhkan.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Didagangkan sebagai ...
OSRAM Licht AG
Jenis/bentuk sahAktiengesellschaft
Didagangkan sebagaiFWB: OSR
ISINDE000LED4000 
IndustriPencahayaan
PendahuluAuergesellschaft 
Ditubuhkan1919; 106 tahun yang lalu (1919) (Berlin[1])
Ibu pejabatMunich , Jerman 
Hasil€4.115 bilion (Tahun fiskal 2018[2])
Pemilikams OSRAM AG 
Bilangan kakitanganSekitar 27,400 (akhir September 2018[3])
Syarikat indukams AG
Anak syarikatOsram Opto Semiconductors
OSRAM Sylvania
Tapak webwww.osram.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

OSRAM ditubuhkan pada tahun 1919 oleh penggabungan perniagaan lampu Auergesellschaft, Siemens & Halske dan Allgemeine Elektrizitäts-Gesellschaft (AEG). Pada 5 Julai 2013, OSRAM dipisahkan dari Siemens, dan penyenaraian sahamnya bermula pada 8 Julai 2013 di Bursa Saham Frankfurt.[5] Selepas perang bidaan dengan Bain Capital, OSRAM diperolehi oleh AMS, pada Disember 2019.[6][7][8]

Operasi

Osram ialah perbadanan multinasional dengan ibu pejabatnya terletak di Munich dan telah memperkerjakan seramai 34,000 orang di serata dunia. Osram mempunyai operasi di 120 negara. Dalam tahun kewangan 2014, hasil pendapatannya berjumlah €5.1 bilion telah dicapai.[9] Operasi Amerika Utara syarikat ini, Osram Sylvania, beribu pejabat di Wilmington, Massachusetts; produk yang dijual di Kanada, Mexico, Amerika Syarikat dan wilayahnya dijual di bawah jenama Osram Sylvania. Osram juga ialah antara beberapa syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia di mana operasi syarikatnya beribu pejabat di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Bayan Lepas, Pulau Pinang.[10]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.