Arnab Eropah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Arnab Eropah

Arnab Eropah (Oryctolagus cuniculus) ialah satu spesies arnab yang berasal dari Eropah Barat Daya (Sepanyol dan Portugal). Arnab Eropah dikenali kerana kebolehan menggali serangkaian sarang bawah tanah untuk meluangkan masa ketika tidak makan.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Arnab Eropah
Thumb
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Oryctolagus

Lilljeborg, 1873
Spesies:
O. cuniculus
Nama binomial
Oryctolagus cuniculus
(Linnaeus, 1758)
Thumb
Range map
Tutup

Populasi arnab Eropah di habitat asalnya makin merosot (kesan penyakit miksomatosis dan kalisivirus arnab, serta pemburuan berlebihan dan kemusnahan habitat) turut menyebabkan berkurangnya juga pemangsa yang amat bergantung padanya, iaitu Links Iberia dan Helang Maharaja Sepanyol. Pada tahun 2008, Arnab Eropah dikelaskan semula oleh IUCN sebagai "Hampir Terancam" di taburan aslinya ekoran kemerosotan ini.[2]

Walau bagaimanapun, nasib arnab Eropah terbela apabila dijinakkan dan dibawa ke seluruh dunia sebagai haiwan belaan atau ternakan. Akan tetapi, arnab Eropah juga digeruni sebagai spesies invasif yang dilepaskan ke merata dunia, sehingga mendatangkan mudarat kepada alam sekitar dan ekosistem setempat. Australia paling banyak berdepan dengan masalah kebanjiran Arnab Eropah, kerana di situ tiadanya pemangsa bagi arnab ini.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.