Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Rencana ini mengenai orang minyak, untuk filem, lihat Orang Minyak (filem).
Fail:Sumpah Orang Minyak 01.jpg
Poster filem Sumpah Orang Minyak.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.[1]

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan tema beberapa buah filem seperti filem Orang Minyak (1958) dan sekuelnya Serangan Orang Minyak (1958) terbitan Cathay-Keris Film Productions, Sumpah Orang Minyak (1958) yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MFP) arahan P. Ramlee,[2] dan juga Orang Minyak (2007) dari Metrowealth Pictures.

Matlamat

Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu.

Kelebihan

Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.[perlu rujukan]

Penelitian secara ilmiah

Kemungkinannya ia bermula dengan pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak agar sukar ditangkap kerana licin. Minyak yang gelap juga akan menjadikan dirinya sukar dilihat pada waktu malam, sunggupun ia membahayakan dirinya ketika memanjat. Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tinagayan Laut, Malaysia. [3]

Dalam budaya masyhur

Filem

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.