From Wikipedia, the free encyclopedia
Istilah "Orang Kaukasia"[1] pernah digunakan dahulu untuk menunjuk fenotip umum dari sebahagian besar penduduk Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah, Pakistan dan India.[2] Keturunan mereka juga menetap di Australia, Amerika Utara, sebahagian dari Amerika Selatan, Afrika Selatan dan New Zealand. Anggota "orang Kaukasia" biasa disebut "berkulit putih", walaupun ini tidak selalu benar. Oleh beberapa pakar tamsilnya orang Ethiopia dan orang Somalia, yang tengkoraknya dilihat serupa tengkorak Kaukasoid, dianggap termasuk "rumpun" tersebut, walaupun mereka berambut kerinting dan berkulit hitam, ciri yang dianggap menentukan "rumpun Negroid".
Pakar genetik asal Itali Luigi Luca Cavalli-Sforza telah membuktikan bahawa pembahagia manusia dalam "rumpun" adalah suatu usaha yang sia-sia. Dengan demikian, dari segi biologi, istilah seperti "rumpun Kaukasoid" dan pada umumnya, "rumpun manusia", tidak dianggap lagi. Fenotip seseorang ditentukan oleh hanya sejumlah kecil gen. Secara biologi, hanya ada satu rumpun manusia, iaitu Homo sapiens sapiens.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.