Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Omar Khayyám (bahasa Parsi عمر خیام; lahir: 18 Mei 1048 di Nishapur, Iran (Parsi) – mati: 4 Disember 1131), adalah seorang pemuisi, ahli matematik, dan ahli astronomi. Nama asalnya Ghiyatuddin Abu al-Fatah Omar ibni Ibrahim Al-Nisaburi Khayami (غیاث الدین ابو الفتح عمر بن ابراهیم خیام نیشابوری). Khayam (خیام) adalah perkataan pinjaman bahasa Arab yang bermakna "pembuat khemah." Beliau paling dikenali kerana himpunan puisinya, Rubaiyat Omar Khayyam.
Omar Khayyam |
---|
Bentuk seni bina keramatnya adalah seolah-olah sebuah khemah kerana pekerjaan nenek moyangnya adalah pembuat khemah. Sesetengah sajaknya telah ditulis di dinding-dinding yang mengelilingi keramat itu. Keramatnya berada di sebuah taman bunga yang terletak juga Masjid Imamzadeh Mahroq, kira-kira 100 meter dari keramatnya.
Khayyam dianggap dilahirkan kepada sebuah keluarga artisan Nishapur. Beliau menghabiskan masa kanak-kanaknya di bandar Balhi, dan diajar secara persendirian oleh Sheik Muhammad Mansuri, salah satu cendekiawan yang terkenal pada masa itu. Pada masa mudanya, Khayyam diajar oleh Imam Mowaffak dari Nishapur yang dianggap sebagai salah satu guru yang terbaik di kawasan Khorassan. Menurut satu pemerihalan yang dipertikaikan, dua lagi pelajar yang luar biasa juga belajar di bawah guru yang sama pada masa yang lebih kurang sama. Salah satunya ialah Nizam-ul-Mulk yang kemudian menjadi wazir kepada dua orang pemerintah Empayar Parsi. Yang lain itu ialah Hassan-i-Sabah yang kemudian menjadi ketua Hashshashin.
Adalah dipercayai secara umum bahawa sesiapa yang diajar oleh Imam yang terkemuka itu akan mencapai penghormatan dan kebahagiaan. Ketiga-tiga pelajar itu menjadi kawan rapat, dan berikrar bahawa sesiapa daripada mereka yang mendapat nasib yang baik akan membahagikan manfaatnya dengan kedua-dua yang lain. Selepas Nizam-ul-Mulk menjadi wazir, Hassan-i-Sabah dan Omar Khayyám memintanya berkongsi nasib yang baik itu.
Hassan-i-Sabah mendesak dan diberikan jawatan kerajaan, tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi dan akhirnya dipecat selepas suatu usaha yang gagal untuk menggulingkan penyumbangnya, Nizam-ul-Mulk. Banyak tahun kemudian, dia menjadi ketua Hashshashin.
Khayyam adalah lebih serdahana dalam permintaannya. Beliau tidak meminta sebarang jawatan kerajaan, tetapi hanya meminta tempat untuk mendiami, belajar sains, dan bersembahyang. Beliau diberikan pencen emas sebanyak 1,200 mithkal daripada perbendaharaan Nishapur. Beliau menyara diri dengan pencen ini seumur hidupnya. Sebagaimana yang telah disebut, cerita ini yang kenali sebagai "Tiga Rakan Sekolah" boleh dipersoalkan kerana tarikh kelahiran mereka tidak serupa.
Khayyam termasyhur semasa hidupnya sebagai ahli matematik kerana mencipta kaedah untuk menyelesaikan persamaan kuasa tiga melalui menyilangi parabola dengan bulatan. Walaupun pendekatannya pernah dicuba oleh Menaechmus dan orang-orang lain, Khayyam memberikan generalisasi yang merangkumi kesemua kuasa tiga. Tambahan pula, beliau menemui kembangan binomial dan menulis kritikan terhadap teori-teori selari Euclid yang kemudian tersebar ke Eropah dan akhirnya menyumbang kepada perkembangan geometri bukan Euclid di sana.
Pada tahun 1070, Khayyam menulis sebuah mahakarya mengenai algebra. Dalam karya ini, beliau mengelaskan persamaan menurut darjahnya, dan memberikan peraturan untuk menyelesaikan persamaan kuadratik yang amat serupa dengan penyelesaian yang digunakan pada hari ini, serta kaedah geometri untuk menyelesaikan persamaan kuasa tiga dengan punca nyata. Khayyam juga menulis tentang tatasusun segi tiga untuk pekali binomial yang dikenali sebagai segi tiga Pascal. Pada tahun 1077, beliau menulis Sharh ma ashkala min musadarat kitab Uqlidis ("Penjelasan tentang Kesukaran dalam Postulat Euclid"). Sebahagian yang penting di dalam bukunya mengenai postulat selari Euclid yang termasyhur yang juga menarik minat Thabit ibn Qurra. Al-Haytham pernah mencuba suatu tunjuk cara untuk postulat ini, tetapi percubaan Omar adalah jauh lebih maju. Khayyam juga menghasilkan karya-karya geometri lain yang terkenal, khususnya berkenaan dengan teori perkadaran.
Khayyam juga termasyhur sebagai ahli astronomi. Pada 1073, Malik-Shah, sultan Seljuk, menjemput Khayyam membina sebuah balai cerap serta bertugas untuknya, bersama dengan berbagai-bagai ahli sains lain yang terkenal. Kesudahannya, beliau dengan amat tepatnya (jitu ke enam tempat perpuluhan) mengukur tahun suria sebagai 365.24219858156 hari panjangnya. Ukuran takwimnya ini hanya mempunyai ralat sehari pada setiap 5,000 tahun, manakala takwim Gregory yang kini digunakan mempunyai ralat sehari pada setiap 3,330 tahun. Beliau juga menghitung dengan tepat takwim Parsi. Pada 15 Mac 1079, Sultan Jalal al-Din Malekshah Saljuqi (1072-92) menguatkuasakan takwim yang dibetulkan oleh Khayyam seperti di Eropah, apabila Julius Caesar menguatkuasakan pada tahun 46 SM takwim yang dibetulkan oleh Sosigenes, dan seperti Paus Gregory XIII yang berbuat demikian pada Februari 1552 dengan takwim yang dibetulkan oleh Aloysius Lilius (walaupun Britain tidak menukarkan takwim Julian kepada takwim Gregory sehingga tahun 1751, dan Rusia tidak berbuat demikian sehingga tahun 1918).
Khayyam termasyhur dalam dunia Parsi dan Islam kerana pencerapan astronominya. Beliau mencipta sebuah peta (kini telah hilang) untuk bintang-bintang di langit. Khayyam juga menganggarkan dan membuktikan kepada para hadirin yang termasuk Imam Ghazali, cendekiawan berprestij yang paling dihormati ketika itu, bahawa alam semesta tidak bergerak mengelilingi bumi seperti yang dipercayai pada masa itu. Dengan membina sebuah pentas yang berputar dan menyusun carta-carta bintang yang mudah dan yang diterangi oleh lilin di sekeliling dinding bilik yang bulat, beliau menunjuk cara bahawa bumi berputar pada paksi sendiri dan oleh itu, membawa kepada penglihatan berbagai-bagai buruj pada sepanjang malam dan siang (melengkapi kitaran sehari). Beliau juga memperincikan bahawa bintang-bintang merupakan objek pegun di dalam ruang dan yang, jika ia bergerak di sekeliling bumi, akan terbakar menjadi bara, akibat jisimnya yang besar. Kesemua teori ini diterimaguna oleh ahli-ahli astronomi Kristian berabad-abad kemudian dan diberi penghargaan untuknya, sebagaimana yang kita tahu kini.
Sesetengah orang mempercayai bahawa tidaklah jelas adakah Khayyam percaya akan kewujudan Allah, tetapi beliau membantah bahawa setiap peristiwa dan fenomena adalah kesudahan campur tangan ketuhanan. Beliau juga tidak percaya akan Hari Kiamat atau ganjaran dan hukuman selepas kematian. Sebaliknya, Khayyam mendukung pandangan bahawa hukum semula jadi menjelaskan semua fenomena kehidupan tercerap. Pegawai-pegawai berulang kali memintanya untuk menjelaskan pandangannya yang berbeza mengenai Islam.
Sudut pandangan Khayyan mengenai Islam pada umumnya dan berbagai-bagai aspek seperti eskatologi, pantang larang Islam, dan wahyu boleh didapati melalui pemeriksaan tidak berat sebelah rangkap-rangkap catur lariknya yang, sebagai peraturan ikut kebiasaan, harus membayangkan kesimpulan intrinsiknya. Walaupun terdapat banyak rangkap catur larik yang salah dikatakan ditulis oleh Khayyam yang menunjukkan hedonisme serta sifat yang tidak beragama, masih terdapat jauh lebih banyak rangkap catur larik asalnya yang mendukung hukum semula jadi dan menentang kiamat serta kehidupan abadi, berbanding dengan rangkap-rangkap catur larik lain yang melibatkan kesalihan atau pujian kepada Allah dan kepercayaan Islam. Yang berikut hanya merupakan dua rangkap catur larik antara banyak lagi yang bertindak untuk menentang banyak aspek dogma Islam:
خيام اگر ز باده مستى خوش باش
با ماه رخى اگر نشستى خوش باش
چون عاقبت كار جهان نيستى است
انگار كه نيستى، چو هستى خوش باش
yang diterjemahkan ke dalam karya Fitzgerald sebagai:
Dan kalau Arak yang anda minum, Bibir yang anda tekan,
Berakhir dalam Hampa, Ya, Semua akhirnya disana
Maka bahagialah sedang mampu, Apakah kau kalau selain,
Akan berakhir dengan Hampa, Takkan berakhir kurang darinya.
Terjemahan harafiah boleh dianggap:
آنانكه ز پيش رفتهاند اى ساقى
yang Fitzgerald telah dengan beraninya memahamkan sebagai:
Terjemahan harafiah, dipenuhi dengan ironi bagi "semua itu kesombongan", boleh dibaca sebagai:
(Puisi-puisi ini diterjemahkan oleh Edward FitzGerald)
And, as the Cock crew, those who stood before
The Tavern shouted - "Open then the Door!
You know how little time we have to stay,
And once departed, may return no more."
Alike for those who for TO-DAY prepare,
And that after a TO-MORROW stare,
A Muezzin from the Tower of Darkness cries
"Fools! your reward is neither Here nor There!"
Why, all the Saints and Sages who discuss'd
Of the Two Worlds so learnedly, are thrust
Like foolish Prophets forth; their Words to Scorn
Are scatter'd, and their mouths are stopt with Dust.
Oh, come with old Khayyam, and leave the Wise
To talk; one thing is certain, that Life flies;
One thing is certain, and the Rest is Lies;
The Flower that once has blown for ever dies.
Myself when young did eagerly frequent
Doctor and Saint, and heard great Argument
About it and about: but evermore
Came out of the same Door as in I went.
With them the Seed of Wisdom did I sow,
And with my own hand labour'd it to grow:
And this was all the Harvest that I reap'd -
"I came like Water, and like Wind I go."
Into this Universe, and why not knowing,
Nor whence, like Water willy-nilly flowing:
And out of it, as Wind along the Waste,
I know not whither, willy-nilly blowing.
The Moving Finger writes; and, having writ,
Moves on: nor all thy Piety nor Wit
Shall lure it back to cancel half a Line,
Nor all thy Tears wash out a Word of it.
And that inverted Bowl we call The Sky,
Whereunder crawling coop't we live and die,
Lift not thy hands to It for help - for It
Rolls impotently on as Thou or I.
Khayyam termasyhur pada hari ini bukan sahaja kerana pencapaian saintifiknya, tetapi juga karya-karya kesusasteraannya. Beliau dipercayai menulis lebih kurang seribu rangkap empat ayat. Dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris, Khayyam lebih dikenali kerana terjemahan karyanya, Rubaiyat Omar Khayyam, dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883).
Orang-orang lain juga menerbitkan terjemahan sesetengah rubáiyátnya (rubáiyát bermaksud "rangkap catur larik"), tetapi terjemahan Fitzgerald paling dikenali. Terjemahan-terjemahan juga boleh didapati dalam bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Omar Khayyam. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.