From Wikipedia, the free encyclopedia
Official U.S. PlayStation Magazine (seringkali disingkatkan sebagai OPM) merupakan sebuah maalah permainan video yang kini telah ditamatkan penerbitannya, yang asalnya diterbitkan oleh Ziff Davis Media. Majalah tersebut bertumpu kepada para peminat PlayStation, termasuklah permainan video pada Sony PlayStation yang asal, peggantinya iaitu PlayStation 2, seterusnya PlayStation 3 dan PlayStation Portable. Majalahnya terkenal disebabkan pakejnya yang disertakan sebuah cakera demo dalam setiap isu keluarannya, dilesenkan oleh Sony Computer Entertainment America. Majalahnya bermula pada bulan September 1997 dan berakhir dengan isu terkahir iaitu pada bulan Januari 2007.
Jenis | Majalah permainan video |
---|---|
Diasaskan | Disember 1997 |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Dihentikan penerbitan | Januari 2007 |
Ibu pejabat | San Francisco, California |
Pemilik | Jim Louderback |
Penerbit | Ziff Davis Media |
Laman sesawang | opm.1up.com |
OPM merupakan majalah permainan video pertama untuk menyertakan sebuah cakera yang mempamerkan demo kepada judul-judul permainan video PlayStation. Bermula dengan isunya yang pertama, setiap majalah disertakan sebuah cakera (digelar demo disc dalam bahasa Inggeris), mengandungi video atau demo sesebuah judul permainan video PlayStation. Misalnya, isu ke-23 majalahna, daripada bulan Ogos 1999, mengandungi demo daripada judul Final Fantasy VIII, 3Xtreme, Tiny Tank, Jade Cocoon: Story of the Tamamayu, Macross VF-2, Centipede, You Don't Know Jack dan Ultimate 8-Ball.[1] bermula dengan isu ke-49 (Oktober 2001), majalahnya disertakan pula dengan demo untuk konsol PlayStation 2. Isu ke-50, 52 dan 54 merupakan isu-isu terkahir untuk menyertakan cakera demo PlayStation 1.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.