From Wikipedia, the free encyclopedia
Odýsseia (Yunani: Ὀδύσσεια [o.dýs.sej.ja], bahasa Inggeris: Odyssey ) merupakan salah satu puisi epik utama dalam tamadun Yunani selain Iliás, malah merupakan karya sastera Dunia Barat kedua tertua yang terselamat selepas Iliás itu sendiri. Ia dikatakan ditulis oleh Homeros, seorang penyair Ionia buta dari pesisiran Anatolia pada lewat abad ke-8 sebelum Masihi.[1] Ia merupakan mahakarya paling berpengaruh dalam kefahaman budaya orang Barat di Eropah dan Amerika.[2]
Ia berlatarkan 10 tahun setelah tamatnya peperangan hebat di Troia,[i] di mana seorang pahlawan bernama Odysseus menghadapi cabaran hebat semasa berpulang ke tanahnya di Ithake seperti ditangkap dayang hutan dan gergasi mata satu serta dipukau duyung, sambil keluarganya yang setia menanti terpaksa menghadapi orang-orang yang mahu merebut peluang berkahwin dengan isterinya.
Hikayat ini mula diceritakan di tengah-tengah kejadian utama berbalik kepada peristiwa sebelumnya yang diimbas kembali.[3] Semua baitnya terdiri dari 12,109 baris yang dibahagikan lanjut kepada matra sebanyak "enam ruas" (δακτυλικός εξάμετρο daktylikos hexametros) yang lazim dalam sajak berbahasa Yunani Purba.[4][5]
Hikayat ini dihimpunkan sebanyak dua puluh empat bacaan (ῥᾰψῳδῐ́ᾱ rhapsōidíā) disusun mengikut huruf-huruf Yunani kemungkinan besar selepas dikarang Homeros oleh seseorang selainnya, tetapi susunan ini diterima umum para sejarawan Yunani.[6] Seberapa buku (tunggal mahupun terhimpun) biasanya diberi judul tersendiri:
Buku terakhir ini menutup keseluruhan kisah-kisah Yunani terhimpun, meskipun masih ada fragmen yang tersisa dari semacam "akhir alternatif" yang dikenal sebagai Telegonia.
548 baris terakhir yang didapati pada naskhah hikayat Odysseus ditambahkan kemudiannya selepas Homeros oleh penyajak penyair lain.[9]
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.