From Wikipedia, the free encyclopedia
Oberführer ([ˈoːbɐ.fyːʀɐ], "pemimpin kanan") adalah sejenis pangkat awal separa tentera Parti Nazi (NSDAP) yang bermula pada tahun 1921. Diterjemah sebagai "pemimpin kanan", pangkat Oberführer secara tipikal adalah anggota NSDAP yang bertanggungjawab bagi sekumpulan unit separa tentera di kawasan geografi tertentu.[1] Dari tahun 1921 hingga 1925, perkataan Oberführer telah digunakan sebagai satu gelaran dalam Sturmabteilung (SA), tetapi menjadi pangkat SA sebenar selepas tahun 1926.
Oberführer | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan | |||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai kanan | ||||||
Singkatan | Oberf | ||||||
Diperkenalkan | 1921 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Kod NATO | OF-5 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Oberst Kommodore | ||||||
Oberführer juga adalah pangkat Schutzstaffel (SS, pada masa itu adalah cawangan SA), diwujudkan pada 1925 sebagai Gauführer, iaitu pangkat untuk pegawai SS yang bertanggungjawab bagi anggota SS di beberapa Gau diseluruh Jerman; pada tahun 1928 pangkat itu telah dinamakan semula Oberführer, dan digunakan para komander tiga SS-Oberführerbereiche serantau. Pada tahun 1930, SS telah disusun semula kepada SS-Gruppen dan Briged, yang ketika itu Oberführer menjadi orang bawahan kepada pangkat Brigadeführer yang lebih tinggi. Menjelang tahun 1932, Oberführer menjadi pangkat SA, SS dan NSKK yang sah.[1][2]
Oberführer memakai lencana pangkat dua dedaun oak pada pelapik kolar uniform, berserta dengan lencana bahu dan lapel pangkat jeneral.[3] Pada tahun 1938, status SS-Oberführer mula berubah dengan kemunculan SS-Verfügungstruppe yang kemudian menjadi Waffen-SS. Sejak Brigadeführer dinilai setaraf dengan pangkat Generalmajor, dan Standartenführer setaraf dengan Oberst, Oberführer tidak ada persamaan pangkat dan telah dianggap sebagai pangkat Kolonel Kanan.[4] Perbezaan ini berlegar dikalangan sejarah dengan kebanyakan teks merujuk Oberführer sebagai pangkat Kolonel Kanan[4][5] manakala yang lain menyatakan ia mempunyai persamaan dengan pangkat Brigedier tentera British.[6]
Pangkat Junior Standartenführer |
Pangkat SS dan Pangkat SA Oberführer |
Pangkat Senior Brigadeführer |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.