Nutella

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nutella

Nutella (/nutɛlə/; sebutan bahasa Itali: [nutˈɛlla]) ialah jenama lepa minyak sawit yang manis, berperisa dengan kacang hazel dan pepejal koko, secara umum dikenali sebagai lepa coklat.[1] Nutella dihasilkan oleh syarikat Itali Ferrero dan mula diperkenalkan pada tahun 1965, walaupun tarikh permulaan pertama pada tahun 1963.[2]

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Nutella
Thumb
JenisLepa
Tempat asalItali
Kawasan/rantauPiedmont
Dicipta olehFerrero
Bahan utamaGula, minyak sawit, kacang hazel, pepejal koko, susu tepung
Bahan yang biasa digunakanMinyak kelapa sawit, gula, Kacang hazel, Pepejal koko, susu, lesitin, Vanilin 
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
80 (15 g hidangan) kcal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup
Thumb
Lepa Nutella

Sejarah

Thumb
Kafe Nutella

Pietro Ferrero yang memiliki sebuah kedai roti di Alba, Piedmont, sebuah kawasan yang terkenal dengan pengeluaran hazelnut, menjual kumpulan awal 300 kilogram (660 lb) Pasta Gianduja pada tahun 1946. Produk ini pada asalnya dijual sebagai blok padat, tetapi Ferrero mulai menjual versi berkrim pada tahun 1951 sebagai Supercrema.[3]

Pada tahun 1963, anak lelaki Ferrero Michele Ferrero merombak Supercrema dengan niat memasarkannya ke seluruh Eropah. Komposisinya diubah suai, dan ia dinamakan semula sebagai "Nutella". Balang pertama Nutella meninggalkan kilang di Alba pada 20 April 1964. Produk itu merupakan satu kejayaan segera dan terus popular.[4]

Pada tahun 2012, senator Perancis Yves Daudigny mencadangkan kenaikan cukai ke atas minyak kelapa sawit dari € 100 hingga € 400 setiap tan. Pada 20 peratus, minyak kelapa sawit merupakan salah satu bahan utama Nutella, dan cukai itu digelar "cukai Nutella" dalam media.[5]

Pada 14 Mei 2014, Poste italiane mengeluarkan setem peringatan sempena ulang tahun Nutella ke-50.[6][7] Setem berharga 70 sen Euro direka bentuk oleh Istituto Poligrafico e Zecca dello Stato dan menampilkan balang Nutella dalam latar belakang emas.[6] Ferrero mengadakan Hari Nutella pada 17 dan 18 Mei untuk meraikan ulang tahun.[8]

Trivia

Hari Nutella Sedunia diadakan pada 5 Februari.[9]

Kandungan nutrisi Nutella

Lepa Nutella mengandungi bahan-bahan seperti gula, lemak sayuran yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, 13% kacang hazel, 8.7% susu tepung skim, 7.4% serbuk koko kurang lemak, pengemulsi: lesitin yang terhasil daripada soya, perisa vanilla, serta mengandungi pengemulsi sebagai perapi makanan yang dibenarkan dan bahan perasa yang dibenarkan yang diambil daripada sayuran dan sintetik [10]. Nutella tidak sesuai diambil oleh individu yang mempunyai allergi terhadap susu, soya, dan kekacang (terutamanya kacang hazel).

Setiap pengambilan 100 gram lepa Nutella merangkumi pengambilan sebanyak 539 kalori di mana 6.3 gram adalah protein, 30.9 gram adalah lemak, 57.5 gram karbohidrat, 56.3 gram gula, dan 42 miligram sodium. 15 gram lepa Nutella adalah bersamaan dengan pengambilan saiz sesudu teh.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.