Iskandar Puteri (Cina: 依斯干达公主城, Jawi: إسكندر ڤوتري) ialah sebuah Bandaraya di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Fakta Segera Transkripsi Other, • Jawi ...
Iskandar Puteri
Transkripsi Other
  Jawiإسكندر ڤوتري
  Cina依斯干达公主城
Thumb
Thumb
Iskandar Puteri
Iskandar Puteri (Bumi)
Koordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E
Negara Malaysia
Negeri Johor
DaerahDaerah Johor Bahru
Menjadi pusat pentadbiran negeri Johor16 April 2009
Granted City Status22 November 2017[1]
Pentadbiran
  Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Iskandar Puteri
  Datuk BandarDato' Haji Mohd Haffiz bin Ahmad
  Ahli Parlimen Gelang PatahLim Kit Siang (DAP)
  Ahli Dewan Undangan Negeri Kota IskandarDzulkefly Ahmad (AMANAH)
Penduduk
 (2010)
  Jumlah529,074
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (DST)Tidak tersedia
Poskod
79000
Kod panggilan+607
Laman sesawangwww.mbip.gov.my
Tutup

Nama

Pada asalnya, nama bandar ini ialah Nusajaya. Kemudian pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah berkenan untuk mengisytiharkan "Iskandar Puteri" sebagai nama baharu untuk pusat pentadbiran negeri Johor.[2]

Sejarah

Projek ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Februari 2007[3]. Iskandar Puteri merupakan bandar baru yang dibentuk di Daerah Johor Bahru dengan banyak pembangunan yang kini sedang berkembang pesat. [4]

Pembangunan Iskandar Puteri merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada November 2006. Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan komponen-komponen seperti Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (Kota Iskandar), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu. Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia. Kedudukannya yang hampir dengan tiga pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Iskandar Puteri kelebihan sebagai bandar raya serantau.

Projek Pemangkin

Projek pembangunan Iskandar Puteri dengan keluasan 9,600 hektar dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 melibatkan komponen-komponen sebagai berikut.

Pusat Pentadbiran Negeri Johor

Thumb
Kota Iskandar

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Kota Iskandar merupakan pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar. Ia dibangunkan dengan konsep persekitaran terbuka dengan taman dan lanai ala Alhambra di Sepanyol dengan rekaan bangunan berteraskan seni bina Melayu-Johor.

Komponen Pembangunan
  • Fasa 1
- Dewan Undangan Negeri
- Kompleks Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan
- Dataran Mahkota
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri
  • Fasa 2a
- Masjid
  • Fasa 2b
- Kompleks perumahan kakitangan kerajaan negeri
  • Fasa 3
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan persekutuan

Bandar Pendidikan

Thumb
EduCity

Bandar Pendidikan atau EduCity@Iskandar seluas 600 ekar merupakan pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University. Projek ini diambil alih oleh Iskandar Investment Bhd.

Bandar Perubatan

Thumb
Columbia Asia Hospital

Pembangunan pusat perubatan yang dikenali sebagai Medical City dengan keluasan 67.2 ekar menawarkan penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi pusat kesihatan, poliklinik kerajaan, kompleks klinik umum, kompleks pakar, kolej kejururawatan dan kemudahan kesihatan yang lain. Pusat tersebut juga memberi tumpuan kepada pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Hospital pertama yang telah beroperasi di sini ialah Hospital Columbia Asia.

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC) di Iskandar Puteri adalah kawasan taman perindustrian hijau seluas 1,300 ekar. SiLC memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian nilai secara bersepadu untuk tiga bidang utama iaitu teknologi maju seperti teknologi bio dan nano, industri pemakanan dan kesihatan serta logistik.

Medini

Thumb
Medini

Pembangunan bersepadu oleh Iskandar Investment, Mubadala, Kuwait Finance House, Aldar Properties dan Millennium Development International. Ia dibahagi kepada 3 kluster utama:

  • Kluster Rekreasi dan Pelancongan
  • Daerah Kewangan Iskandar
  • Medini Sentral

Nota kaki

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.