From Wikipedia, the free encyclopedia
Northrop YF-17 (secara tidak rasmi digelar "Cobra") merupakan sebuah prototaip pesawat pejuang ringan yang direka bagi penilaian teknologi di dalam Program Pejuang Ringan untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Program ini dibentuk kerana komuniti pejuang percaya bahawa seperti pesawat F-15 Eagle adalah terlalu besar dan mahal untuk kebanyakkan peranan tempur. YF-17 adalah kemuncak barisan panjang rekabentuk Northrop, bermula dengan N-102 Fang pada tahun 1956, sehingga berlanjutan kepada keluarga F-5.
YF-17 "Cobra" | |
---|---|
| |
Peranan | Prototaip pesawat pejuang |
Pengeluar | Northrop |
Penerbangan sulung | 9 Jun 1974 |
Status | Dibatalkan |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat (bertujuan) |
Jumlah dibina | 2 prototaip |
Kelainan | F/A-18 Hornet |
Meskipun pesawat ini telah kalah dalam pertandingan Program Pejuang Ringan kepada pesawat F-16, the YF-17 ia telah dipilih untuk spesifikasi baru VFAX. Dengan bentuk yang lebih besar, F/A-18 Hornet telah diterima pakai oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat bagi mengantikan pesawat A-7 Corsair II dan F-4 Phantom II, dan melengkapi pesawat F-14 Tomcat yang lebih mahal.[1] Rekabentuk ini, yang dibayangkan sebagai pesawat kecil dan ringan, secara ironiknya telah diperbesarkan menjadi F/A-18E/F Super Hornet, yang mana dari segi saiznya menyamai saiz asal pesawat F-15. Super Hornet telah mengantikan pesawat F-14 di dalam inventori Tentera Laut A.S, dan melaksanakan kesemua peranan jet tempur di dalam tentera laut dari peranan serangan sehingga ke pejuang, penangki minyak serta peperangan elektronik.
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.