isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin (k. 1952) From Wikipedia, the free encyclopedia
Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman (lahir 21 April 1952), ialah isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga merupakan mantan Penaung PUSPANITA Kebangsaan dan merupakan mantan Naib Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Semasa suaminya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR).
Noorainee Abdul Rahman | |
---|---|
نورعيني عبدالرحمن | |
Timbalan Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen | |
Memegang jawatan 12 Mac 1991 | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Masih menyandang |
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Siti Hasmah Mohamad Ali |
Digantikan oleh | Muhaini Zainal Abidin |
Penaung PUSPANITA Kebangsaan | |
Dalam jawatan 1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Siti Hasmah Mohamad Ali |
Digantikan oleh | Muhaini Zainal Abidin |
Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-11 | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 28 Julai 2015 | |
Didahului oleh | Rosmah Mansor |
Digantikan oleh | Hamidah Khamis |
Naib Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 28 Julai 2015 | |
Didahului oleh | Rosmah Mansor |
Digantikan oleh | Hamidah Khamis |
Butiran peribadi | |
Lahir | Noorainee binti Abdul Rahman 21 April 1952 Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pasangan | Tan Sri Muhyiddin Yassin (k. 1972) |
Anak-anak | Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin (48 tahun) Datin Sri Nabilah Mahiaddin (46 tahun) Najwa Mahiaddin (38 tahun) Farhan Yassin Mahiaddin (31 tahun) |
Kediaman | Bukit Damansara Taman Sri Tanjung Seri Perdana (2020-2021) Sri Satria (2009-2015) Saujana (1986-1995) |
Pekerjaan | Suri Rumah |
Dikenali kerana | Penaung Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, Mantan Naib Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia |
Anugerah | Lihat senarai |
Beliau merupakan bekas murid Sultan Abu Bakar Girl School (SABGS) dan pelajar Sultan Abu Bakar Secondary Girl School (SABSGS) atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar.
Beliau telah berkahwin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tanggal 22 September 1972.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (Berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (Berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin atau lebih dikenali sebagai NJWA, (Berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin berkahwin dengan Irena.
Anak-anak beliau banyak terlibat dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Anak beliau Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang tokoh korporat di Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif. Anak kedua pula, Datin Sri Nabilah banyak terlibat dalam penulisan buku dan anak ketiga, iaitu Najwa dan Farhan Yassin berkongsi minat yang sama dalam industri hiburan.
Salah seorang daripada cucu beliau, Iman Alisha Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang atlit gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 di Perak Darul Ridzuan ketika berusia 13 tahun. Kakaknya, Iman Suraya juga aktif dalam sukan gimrama begitu juga adik-adiknya, Iman Arissa dan Iman Aleena.[1]
Tan Sri Haji Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Hajah Fadzilah Md Ariff[2] adalah merupakan ibu bapa kepada menantu beliau, Datin Fara Ikma. Tuan Berhan Manap dan Puan Jamaliah Baba adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Dato' Sri Muhamad Adlan.[3] Encik Koh Lai Poo dan Puan Chiam Juat Wah[4] pula adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Idris Koh Keng Hui.
Beliau adalah menantu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yasin bin Muhammad, seorang ulamak yang tersohor di Muar dilahirkan di Tanjung Bidara, Melaka dan juga berketurunan Bugis. Ibu mertua beliau pula adalah, Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim, berketurunan Jawa.
Beliau adalah Penaung, Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Ia adalah cetusan daripada ilham beliau untuk memberi peluang kepada para murid dan pelajar untuk mendapatkan pendidikan ketika mereka dirawat di hospital. Ia adalah kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.[5][6]
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menghasilkan dua baka orkid hibrid bersempena nama beliau, iaitu Aranda Puan Sri Noorainee dan Mokara Puan Sri Noorainee.[7][8]
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
Yang Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.