Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) merupakan organisasi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Bakti aktif semasa Siti Hasmah Mohamad Ali (isteri kepada Mahathir Mohamad) menjadi pengerusinya. Bangunan BAKTI Siti Hasmah terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Bakti banyak menjaga kebajikan para menteri dan timbalan menteri peringkat Malaysia. Mereka mengadakan aktiviti sosial seperti perlawanan badminton dan lawatan kerja di samping mengumpul dana bagi tujuan kebajikan. Organisasi yang hampir sama ialah PUSPANITA.

Lawatan ke Amerika Syarikat

Pada 18 April 2010, ahli Bakti mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak da isteri ke New York. Antara yang turut serta ialah isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datin Seri Shuryani Shuaib, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Prof Datin Seri Aishah Salleh dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

Pada 16 April 2010, mereka berkunjung ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sempena isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berucap pada Forum Wanita Antarabangsa "First Ladies Speak." Seterusnya menghadiri majlis penganugerahan Anugerah Keamanan Antarabangsa dan Harmoni kepada Rosmah Mansor daripada Majlis Perniagaan untuk Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat di St Regis Hotel .[1]


Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.