From Wikipedia, the free encyclopedia
Nodul mangan atau nodul polilogam ialah suatu bebola batu yang dijumpai di dasar laut yang terdiri daripada lapisan hidroksida mangan dan besi pada suatu teras. Teras nodul mangan boleh terdiri daripada basalt, mikrofosil seperti protozoa Radiolaria ataupun apatit.[1]
Saiz nodul mangan adalah pelbagai, daripada bersaiz mikroskopik hingga melebihi 20 cm, tetapi lazimnya bersaiz daripada tiga ke 10 cm, serupa dengan saiz telur ayam. Tekstur nodul mangan juga adalah pelbagai, ada yang bertekstur kasar dan ada yang licin.
Nodul mangan, disebabkan oleh kewujudannya yang banyak serta komposisi logam berharganya telah disifatkan memiliki kepentingan ekonomi,[2] dan usaha-usaha pengekstratan nodul mangan telah dijalankan. Meskipun begitu, usaha-usaha ini telah diabaikan sejak 1970-an.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.