Nobita Nobi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nobita Nobi

Nobita Nobi (野比 のび太, Nobi Nobita) merupakan watak utama siri Doraemon. Dia adalah anak tunggal kepada Nobisuke Nobi dan Tamako Nobi. Nobita seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih. Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang malas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi gurunya, dibuli Giant dan Suneo, dan dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasannya. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.

Fakta Segera Kemunculan pertama, Dicipta oleh ...
Nobita Nobi
Watak Doraemon
Thumb
Gambar Nobita versi anime 1979
Kemunculan pertama Disember 1969
Dicipta oleh Fujiko Fujio
Disuarakan oleh Jepun:
Yoshiko Ōta (1973)
Noriko Ohara (1979 – Mac 2005)
Hiroko Maruyama (stand-in untuk Ohara)
Megumi Ōhara (April 2005 – kini)[1]
Melayu:
Azizah Jais
Profil
SaudaraNobisuke Nobi (bapa)
Tamako Nobi (Mak)
Doraemon (kawan)
Tutup
Thumb
Seorang pemuda mengenakan kostum watak Nobita Nobi di Johor, Malaysia

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.