From Wikipedia, the free encyclopedia
Nightlight merupakan album kompilasi oleh Zee Avi yang dikeluarkan pada 22 April 2014 melalui iTunes.[1] Album ini diterbitkan melalui syarikat rakaman Little Monster Records, di bawah seliaan V2 Records. Kevin Salem telah memegang tugas sebagai penerbit album ini. Proses rakaman 9 lagu berlangsung selama empat hari di sebuah pekan kecil Woodstock, New York pada bulan Disember 2013.[2]
Kebanyakan lagu di dalam album ini menampilkan ukulele sebagai alat muzik utama. Beliau juga memasukkan unsur muzik Appalachia ke dalam lagu Hush, Little Baby. Antara lagu nyanyian semula termasuklah Who Loves the Sun (The Velvet Underground), The Circle Game (Joni Mitchell), Don't Worry, Be Happy (Bobby McFerrin), Rainbow Connection (Kermit the Frog dalam The Muppet Movie).[2]
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Don't Worry, Be Happy" (nyanyian asal Bobby McFerrin) | 4:58 | |
2. | "Colors of the Wind" | 4:24 | |
3. | "Who Loves the Sun" (nyanyian asal The Velvet Underground) | 2:36 | |
4. | "Ben" | 2:42 | |
5. | "Rainbow Connection" (nyanyian asal Kermit the Frog) | 3:14 | |
6. | "The Circle Game" (nyanyian asal Joni Mitchell) | 4:23 | |
7. | "Mockingbird" | 1:57 | |
8. | "Dream a Little Dream of Me" | 1:51 | |
9. | "Nightlight Medley" | 4:17 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.