Nicholas Saputra

Pelakon lelaki Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Nicholas Schubring Saputra (lahir 24 Februari 1984) merupakan seorang pelakon, aktivis dan peragawan Indonesia berketurunan Jawa - Jerman. Beliau terkenal setelah membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta? pada 2002 sebagai Rangga. Beliau memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Film Indonesia pada tahun 2005 menerusi filem Gie.[1][2][3] Nicholas Saputra juga dikenali sebagai dermawan alam sekitar yang berdedikasi.[4][5][6]

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Nicholas Saputra
Kelahiran
Nicholas Schubring Saputra

(1984-02-24) 24 Februari 1984 (umur 40)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Aktivis, Peragawan
Tahun aktif2002 - kini
Tutup

Kehidupan awal

Nicholas Saputra dilahirkan kepada bapa berwarga Jerman dan ibu warga Indonesia. Selepas menamatkan pengajian dari SMA Negeri 8 Jakarta, Saputra melanjutkan pelajarannya di Universitas Indonesia. Beliau memegang ijazah dalam bidang seni bina dari universiti sama.[7]

Kerjaya

Nicholas Saputra memulakan kerjaya sebagai model untuk sebuah peragaan busana karya Samuel Wattimena. Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta?. Sebelum ini beliau pernah menghadiri mengikuti sesi ujibakat filem sebelum akhirnya diterima sebagai watak utama dalam filem AADC sebagai Rangga pada tahun 2002. Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang Seni Bina di Fakultas Teknis Universitas Indonesia.[8][9][10]

Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia 2004 untuk peranannya dalam dua filem, iaitu Biola Tak Berdawai dan Ada Apa Dengan Cinta?, namun tewas dengan Tora Sudiro menerusi filem Arisan!. Setahun kemudian Pada Festival Filem Indonesia 2005, beliau kembali mengungguli dalam dua filem kategori yang sama untuk lakonan sebagai Soe Hok Gie dalam Gie dan Joni dalam filem Janji Joni dan berjaya merebut penghargaan tersebut untuk wataknya sebagai Gie.[11][12][13][14]

Pada tahun 2007, Nicholas Saputra membintangi filem 3 Hari Untuk Selamanya bersama Adinia Wirasti. Filem hasil buatan Riri Riza ini cukup mendapat sambutan dalam perbagai Festival Filem Internasional meskipun tidak diikuti serta dalam Festival Filem Indonesia 2007. Tahun berikutnya 2008, Nicholas kembali berlakon dalam tiga filem iaitu Cinta Setaman (arahan Harry Dagoe), Drupadi (Riri Riza) dan 3 Doa 3 Cinta (Nurman Hakim). Filem ini melayakkan Nicholas Saputra meraih gelaran Leading Actor dalam Guardians e-Awards 2009 serta kembali menjadi Pelakon Terunggul Terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2008.[15][16][17]

Nicholas Saputra menerima anugerah dalam bidang lakonan dari pelbagai penganugerahan FFI. Anugerah pertamanya ialah sebagai Pelakon Terbaik di Bali International Filem Festival 2003 untuk wataknya dalam filem Biola Tak Berdawai. Selain itu, Nicholas juga menjadi Most Favorite Actor versi MTV Indonesia movie Awards 2005 dan 2007 menerusi lakonannya dalam filem Janji Joni.

Nicholas Saputra juga kerap dijemput sebagai jurucakap dalam pelbagau latihan mengenai filem dan juga sebagai juri dalam berbagai Festival Filem di dalam maupun di luar negeri. Salah satunya adalah dengan menjadi juri Best Asian Filems dalam Singapura International Filem Festival 2008 yang merebut silver screen awards. Pada tahun 2015, Nicholas Saputra berlakon dalam drama Line Nie and Mar bersama Mariana Renata. Drama ini berlatarkan di Perancis dan juga Republik Czech.

Beliau menghasilkan bersama dokumentari EU mengenai pemuliharaan gajah Save Our Forest Giants (2016) bersama pembikin filem Amanda Marahimin.[18][19][20]

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Filem ...
TahunFilemPerananKeterangan
2002 Ada Apa Dengan Cinta? Rangga
2003 Biola Tak Berdawai Bhisma
2005 Janji Joni Joni
Gie Soe Hok Gie
2007 3 Hari Untuk Selamanya Yusuf
2008 Cinta Setaman Penjual DVD
3 Doa 3 Cinta Huda
Drupadi Arjuna
2011 Sarinah Rana
2012 Kebun Binatang The Magician Judul alternatif: Postcard from the Zoo
2012 Kita Versus Korupsi Vano Segmen "Aku Padamu"
2013 What They Don't Talk About What They Talk About Love Edo
2013 Cinta dari Wamena Daniel
2014 Pendekar Tongkat Emas Elang
Ada Apa Dengan Cinta? 2014 Rangga Filem pendek dan iklan LINE.
2016 Ada Apa dengan Cinta? 2
2017 Interchange Belian
2018 Aruna dan Lidahnya Bono
2020 Motel Acacia Don
2021 Paranoia Raka
2022 Sayap-Sayap Patah Aji
Piknik Pesona Andhika Segmen: "S(Aya)"
2024 The Architecture of Love River Jusuf
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2004 Festival Filem Indonesia Anugerah Citra bagi Pelakon Lelaki Terbaik Ada Apa Dengan Cinta? Tercalon
MTV Indonesia Movie Awards Pelakon Lelaki Kegemaran Biola Tak Berdawai Tercalon
2005 MTV Indonesia Movie Awards Most Favorite Actor Janji Joni Menang
Indonesian Film Festival Citra Award for Best Leading Actor Tercalon
Gie Menang
2006 MTV Indonesia Movie Awards Most Favorite Actor Menang
2007 Indonesian Movie Awards Best Actor Janji Joni Menang
Favorite Actor Tercalon
2008 Indonesian Film Festival Citra Award for Best Leading Actor 3 Doa 3 Cinta Tercalon
2009 Indonesian Movie Awards Best Actor Tercalon
Favorite Actor Tercalon
2012 Maya Awards Best Actor in a Leading Role Postcards from the Zoo Tercalon
2014 Indonesian Movie Awards Best Actor What They Don't Talk About When They Talk About Love Tercalon
Favorite Actor Tercalon
Best Chemistry (with Ayushita) Menang
Tutup

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.