Nasi kuning

hidangan tradisi daripada Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Nasi kuning

Nasi Kuning ialah sejenis hidangan nasi Indonesia. Ia juga boleh berupa bentuk kon dan digelar tumpeng dan biasanya dimakan sewaktu upacara khas. Nasi dimasak dengan santan dan kunyit[1][2], oleh itu namanya nasi kuning. Nasi ini melambangkan timbunan emas, jadi nasi kuning sering disediakan untuk perayaan, atau majlis pembukaan, sebagai suatu tanda nasib baik, kekayaan dan maruah.

Thumb
Nasi Kuning

Di Indonesia, ia biasanya dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti nasi campur. Telur dadar dimayang, serunding (kelapa parut dan rempah), sambal goreng (tempe goreng dan kentang berkaramel dalam kuah pedas), ayam goreng (ayam goreng gaya Jawa), perkedel (bergedel) adalah hidangan sampingan yang terumum didapati bersama nasi kuning. Nasi kuning lebih beradun akan termasuk otak lembu goreng, jantung lembu goreng, daging lembu dan makanan laut.

Bahagian atas tumpeng biasanya akan diberikan kepada orang tertua yang hadir.

varian di Malaysia

Thumb
Nasi Kuning yang dihidangkan di Tawau, Sabah, Malaysia.

Nasi kuning juga boleh didapati di sesetengah tempat di negara jiran Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.