Nada Cinta

filem Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Nada Cinta
Remove ads

Nada Cinta adalah drama lipur lara muzikal Indonesia yang ditayangkan di Indosiar yang diterbitkan oleh MD Entertainment dan bersiaran mulai Isnin, 17 Januari 2011 sehingga Ahad, 28 Ogos 2011. Lagu tema drama ini berjudul Nada Cinta memasang lagu soundtrack drama lipur lara ini dipilih lagu berjudul sama yang dinyanyikan oleh Mikha Tambayong Feat. Randy Pangalila, Dewi Sandra dan Michella Putri. Drama lipur lara ini dibintangi oleh Mikha Tambayong, Randy Pangalila, Olla Ramlan, Luna Maya, Primus Yustisio, Michella Putri dan Dewi Sandra setiap hari pada pukul 19:00 sampai dengan 20:00 WIB.

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Sinetron ini ditayangkan di Malaysia di Astro Ria pada tarikh 27 September 2011, tayang setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 18:00 sampai dengan 19:00 MST serta tamat pada 28 September 2012 dan Republik Singapura di Sensasi pada tarikh 1 September 2011 bersiaran langsung tayang setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 22:00 sampai dengan 21:00 dan ber-siaran ulang tayang setiap hari Selasa hingga Sabtu pada pukul 08:00 sampai dengan 09:00 dan 14:00 sampai dengan 15:00 SST.[1]

Remove ads

Sinopsis

Faris adalah seorang anak orang kaya yang sedang menjalinkan hubungan dengan Rina, seorang guru muzik yang berasal dari sebuah keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dengan Rina dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Semasa itu, Rina telah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia, Jerry lalu dihantar ke rumah anak yatim.

Enam belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah membesar menjadi seorang remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada ingin berjumpa dengan ibu bapanya yang sedang berada di suatu tempat. Nada pun bertekad untuk ke Jakarta. Ketika tiba di Jakarta, Nada nyaris dilanggar kereta tetapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka berdua menjadi lebih dekat.

Nada kini bergabung dengan tiga orang pengemis jalanan iaitu Dodi, Rian dan Banu. Oleh itu, Nada dan kawan-kawannya membina sebuah gerai di depan SMA Tunas Bangsa, di mana Rina ternyata mengajar muzik.

Nada bertemu kembali dengan Rina. Ketertarikan yang sama terhadap muzik perlahan-lahan membuat mereka dekat. Sementara itu, Ricky, pelajar kegemaran di sekolah ini, terpesona dengan suara Nada. Hal ini membuat Rasti, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menyingkirkan Nada. Kemudian diketahui bahawa Rasti sebenarnya adalah anak Faris dan Nia. Adakah Rasti dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dahulu? Atau adakah ini akan membuatkan Faris kembali kepada Rina?

Rasti dan Ricky pun memutuskan hubungan mereka atas sebab Rasti amat cemburu kepada Nada yang sering mendapatkan perhatian Ricky. Selepas itu, Rasti pun menjalinkan hubungan dengan Alex, musuh ketat Ricky dari SMA Pembangunan yang bersaing dengan kumpulan bola keranjang dan muzik.

Dalam masa yang sama, Nada telah berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Vito yang berkawan baik dengan Alex. Vito yang telah terjatuh cinta pada Nada berpindah ke SMA Tunas Bangsa untuk mendapatkan cinta Nada. Setelah dia memberitahu Ricky bahawa dia mencintai Nada, Ricky mula sedar bahawa dia juga amat mencintai Nada.

Maka lahirlah sebuah cinta tiga segi di antara Ricky, Nada dan Vito. Pada waktu yang sama, Rasti dan kekasih barunya, Alex telah merancang untuk menghancurkan persahabatan antara Ricky, Nada dan Vito.

Remove ads

Pelakon

Maklumat lanjut Nama Pelakon, Peranan ...
Remove ads

Runut bunyi

Lagu tema

  1. Nada Cinta, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila, Dewi Sandra dan Michella Puteri

Lagu sampingan

  1. Hipnotis, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  2. Terbakar, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila (mulai oleh Ahmad Dhani)
  3. Jangan Sedih, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  4. Semakin Lama Semakin Aku, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  5. Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  6. Cintamu Adalah Takdirku, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila (mulai oleh Teuku Wisnu)
  7. Gejolak Cinta, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila (mulai oleh Sandhy Sondoro)
  8. Sabtu Malam Sendiri, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  9. Terlalu Sakit, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  10. Buntu, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  11. Menemukanmu, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  12. Cinta Setengah Malam, Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong
  13. I Need You,Dinyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila
  14. Ikhlas, Dinyanyikan oleh Randy Pangalila

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads