Myint Swe

Naib Presiden Myanmar, Pemangku Presiden (2018, 2021–2024) From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Myint Swe (Bahasa Burma: မြင့် ဆွေ; disebut [mjɪ̰ɰ̃ sʰwè]; lahir 24 Jun 1951[1]) ialah seorang ahli politik Myanmar, yang telah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar sehingga kematian beliau. Beliau juga merupakan Naib Presiden Myanmar yang ketiga. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar setelah peletakan jawatan Presiden Htin Kyaw pada 21 Mac 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Wilayah Yangon dari 30 Mac 2011 hingga 30 Mac 2016. Pada 30 Mac 2016, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Myanmar. Beliau adalah bekas pegawai tentera etnik Mon dalam Tentera Darat Myanmar dengan pangkat Leftenan jeneral.[2][3]

Fakta Segera Pemangku Presiden Myanmar, Pengerusi SAC ...

Myint Swe diisytiharkan sebagai pemangku Presiden setelah rampasan kuasa Myanmar pada 1 Februari 2021, dan mengalihkan kekuasaan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar Min Aung Hlaing.[4]

Remove ads

Kerjaya ketenteraan

Beliau lulus dari Akademi Perkhidmatan Pertahanan pada 1971 sebagai sebahagian daripada pengambilan ke-15.[5] Beliau menjadi brigadier jeneral dan komander Divisyen Infantri Ringan 11 pada 1997. Beliau dilantik sebagai Komander Kawasan Tenggara dan juga sebagai anggota Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara pada 2001. Beliau ditukarkan sebagai Komander Kawasan Yangon dan dinaikkan pangkat menjadi jeneral kuarter. Beliau juga bertindak sebagai Pengerusi Majlis Keamanan dan Pembangunan Bahagian Yangon.

Beliau menjadi Ketua Hal Ehwal Keselamatan Ketenteraan setelah Khin Nyunt dibebaskan pada 2004.[6] Beliau menjadi Ketua Biro Operasi Khas-5 (BSO-5) pada Januari 2006. Beliau adalah orang dari etnik Mon pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Jeneral pada 2005.[1] Dia dinaikkan pangkat menjadi Quartermaster General dan dikhabarkan akan menjadi yang berikutnya untuk menggantikan Maung Aye pada tahun 2009.[5][7]

Beliau melakukan 3 peristiwa besar semasa memerintah Kawasan Yangon, menangkap ahli keluarga Ne Win pada 2002 selepas diduga ada konspirasi rampasan kuasa, menangkap Khin Nyunt dan rakan-rakannya pada 2004 dalam pembersihan faksi Perisik Ketenteraan dan menghancurkan Revolusi Saffron pada 2007. Tindakannya selepas Taufan Nargis dikritik. Beliau berurusan dengan aktivis dengan keras pada masa pilihan raya umum sebelum 2010.[7]

Remove ads

Kerjaya politik

Ketua Menteri Wilayah Yangon

Beliau dicalonkan sebagai Ketua Menteri Wilayah Yangon selepas pilihan raya umum oleh Presiden Thein Sein. Beliau diberi tip untuk dicalonkan untuk menjadi Naib Presiden Burma setelah pengunduran diri Tin Aung Myint Oo pada 2012, tetapi tidak memenuhi syarat berdasarkan Perlembagaan Burma, kerana salah satu menantunya merupakan warganegara Australia pada masa itu.[8]

Naib Presiden

Pada 11 Mac 2016, Ahli Parlimen Perhimpunan Kesatuan yang dilantik oleh tentera mencalonkannya sebagai salah seorang Naib Presiden Myanmar. Beliau mendapat 213 undi pada 15 Mac 2016 dan menjadi Naib Presiden Pertama Kabinet Htin Kyaw.[9] Beliau dilantik pada 30 Mac 2016.

Pemangku Presiden

Pada 21 Mac 2018, berikutan pengunduran Htin Kyaw sebagai Presiden Myanmar secara tiba-tiba, Myint Swe mengangkat sumpah sebagai Pemangku Presiden di bawah Perlembagaan Myanmar, yang juga meminta Majlis untuk memilih Presiden baru dalam masa tujuh hari selepas pengunduran diri Htin Kyaw.

Pada 1 Februari 2021, Myint Swe kembali menjadi pemangku Presiden setelah Win Myint disingkirkan dari pejabat oleh Angkatan Tentera Myanmar selepas rampasan kuasa.[4]

Pada 7 Ogos 2025, kerajaan junta telah mengumumkan kematian beliau setelah belau digantung tugas sejak tahun lepas disebabkan kemerosotan kesihatan berpunca daripada penyakit parkinson.[10]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Myint Swe adalah seorang berketurunan Mon.[8] Beliau berkahwin dengan Khin Thet Htay.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads