From Wikipedia, the free encyclopedia
Mya Zara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2006 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Eja sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Ia mengisahkan kepayahan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh Mya Zara. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 Januari 2006 hingga 15 Mac 2006 menggantikan Biarku Sentuh Cintamu.[1]
Mya Zara | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Wan Hasliza |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kasihku Sinar" oleh Amy Mastura |
Lagu penutup | "Kasihku Sinar" oleh Amy Mastura |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Penyunting | Faizul A. Rashid |
Sinematografi | Harris Fadzillah Abd Samad |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 Januari 2006 – 15 Mac 2006 |
Kronologi | |
Mengikuti | Biarku Sentuh Cintamu |
Diikuti oleh | Kama Sutra |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Mya Zara yang berasal daripada sebuah keluarga yang mewah mengalami keperitan hidup akibat perbuatannya enggan berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya.
Dia dihalau dari rumah oleh ayahnya dan di sinilah bermulanya konflik dalam diri Mya Zara untuk mencari kekuatan diri dan berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa sokongan dan kekayaan keluarganya. Berkat kegigihan dan semangat yang cekal akhirnya Mya Zara mampu membina empayar perniagaannya sendiri.
Menurut Utusan Malaysia, Mya Zara, seperti kebanyakan drama Melayu lain, mengekalkan plot penceritaan kehidupan masyarakat Melayu dalam dunia korporat, pergolakan dan konflik keluarga di kalangan ahli-ahli perniagaan.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.