pemimpin Hamas From Wikipedia, the free encyclopedia
Musa Mohammed Abu Marzuk (Arab: موسى محمد أبو مرزوق ) ialah seorang ahli politik Palestin dari Hamas. Beliau ialah Ketua Biro Politik Hamas yang pertama dari 1992 hingga 1996. Kemudian beliau menjadi Timbalan Ketua Biro Politik Hamas pada 1997 hingga 2014.
Musa Abu Marzuk | |
---|---|
موسى أبو مرزوق | |
Ketua Biro Politik Hamas | |
Dalam jawatan 1992–1996 | |
Digantikan oleh | Khaled Meshal |
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas | |
Dalam jawatan 15 Januari 1997 – 23 Januari 2014 | |
Ketua | Khaled Meshal |
Digantikan oleh | Ismail Haniyeh |
Butiran peribadi | |
Lahir | Musa Mohammed Abu Marzuk (Arab: موسى محمد أبو مرزوق ) 9 Januari 1951 Rafah, Negeri Naungan Seluruh Palestin |
Parti politik | Hamas |
Kediaman | Doha, Qatar |
Alma mater | Universiti Ain Syams Universiti Negeri Colorado Universiti Alexandria Negeri Louisiana |
Profesion | pemimpin politik |
Keluarga Musa berasal dari Yibna, Palestin Bermandat (kini Yavne, Israel).[1] Mereka menjadi pelarian selepas perang Arab–Israel 1948 dan dipaksa berpindah ke kem Rafah di Genting Gaza.[1] Musa dilahirkan di sana pada 9 Januari 1951.[1] Beliau menamatkan sekolah tinggi di Gaza, dan menyambung pengajian kejuruteraan di Kaherah sehingga 1976, kemudian beliau bekerja di Teluk Parsi.[1] Beliau menyambung pengajian ke Amerika Syarikat untuk ijazah sarjana dalam pengurusan pembinaan dari Universiti Negeri Colorado.[1][2]
Musa menetap di Amerika Syarikat selama sekurang-kurangnya 14 tahun dan memperoleh Kad Hijau (penduduk tetap) pada 1990. Beliau telah berkahwin dan memperoleh enam anak..[3]
Musa mula giat dalam kerja politik Islam sejak 1968. Beliau memainkan peranan penting dalam menyusun semula Hamas selepas penangkapan besar-besaran anggotanya pada 1989. Wartawan Israel, Shlomi Eldar ada menyebut mengenai kemahiran mengumpul dana Musa, dan hubungannya dengan sumbangan di Eropah dan Amerika Syarikat dalam menyelamatkan pertubuhan itu dan membangunkan prasarananya di Gaza, termasuklah program klhidmat masyarakat. Israel mendakwa beberapa sumbangan digunakan untuk kegunaan serangan terhadap Israel, iaitu dakwaan yang Musa nafikan.[2] Musa terpilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas pertama pada 1992, dan sejak 1997 menjadi timbalan ketua biro tersebut.[4] Musa mengasaskan Persatuan Islam Palestin.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.