Murasaki Shikibu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Murasaki Shikibu
Remove ads

Murasaki Shikibu (紫式部, lahir sekitar 973?; meninggal sekitar 1014 atau 1025) ialah seorang novelis, penyair dan dang perwara kemaharajaan pada zaman Heian di Jepun. Beliau dikenali sebagai penulis Hikayat Genji yang ditulis dalam bahasa Jepun sekitar tahun 1000 dan 1008, dan merupakan salah satu novel terawal dalam sejarah peradaban manusia.

Fakta Segera Pekerjaan, Genre ...
Remove ads

Murasaki Shikibu ialah nama pen, nama aslinya tidak diketahui. Beberapa sejarawan memperkirakan bahawa nama aslinya ialah Fujiwara Takako, seperti tertulis dalam nama pelayan istana dengan pangkat shōji pada 29 bulan 1 tahun 4 Kankō (19 Februari 1007) menurut Midō Kampaku Ki, sebuah buku harian yang ditulis oleh Fujiwara no Michinaga, walaupun teori ini tidak banyak didukung oleh sejarawan lain.[1] Dalam buku harian peribadinya yang berjudul Buku Harian Murasaki Shikibu, beliau menulis bahawa nama panggilannya di istana ialah "Murasaki", seperti nama tokoh dalam novel Hikayat Genji yang ditulisnya. "Shikibu" menunjuk kepada pangkat ayahnya di Biro Protokol Istana (shikibu-shō).

Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads