From Wikipedia, the free encyclopedia
Muntadhar al-Zaidi (Arab: منتظر الزيدي )[a] ialah seorang wartawan penyiaran berbangsa Iraq untuk stesen Al-Baghdadia TV milik Iraq tetapi bertapak di Mesir. Laporan-laporan Al-Zaidi sering menumpu pada penderitaan balu, anak yatim, dan kanak-kanak di tengah perang Iraq.[1][2]
Muntadhar al-Zaidi | |
---|---|
Kelahiran | Iraq | 12 November 1979
Pendidikan | Universiti Baghdad Komunikasi |
Pekerjaan | Wartawan penyiaran |
Kredit yang dikenali | Al-Baghdadia TV |
Pada 16 November 2007, al-Zaidi diculik oleh penyerang yang tidak dikenali di Baghdad. Sebelum ini, beliau juga ditahan dua kali oleh pihak tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Iraq. Pada 14 Disember 2008, al-Zaidi membaling kasutnya terhadap Presiden Amerika Syarikat George W. Bush di sidang akhbar di Baghdad.
Ketika sidang akhbar diadakan di Istana Perdana Menteri di Baghdad, Iraq, al-Zaidi membaling kasutnya ke arah Presiden A.S. George W. Bush. Membaling kasut adalah tindakan yang teramat biadab dalam budaya Arab dan Islam.[3] "Rasakan ciuman perpisahan untuk engkau, si anjing!" beginilah tengkingan al-Zaidi dalam bahasa Arab sambil membaling kasut pertama terhadap pemimpin Amerika Syarikat tersebut.[4] "Ini dari balu-balu, yatim piatu dan semua yang terkorban di Iraq!," jeritnya lagi sambil membaling kasut kedua.[4] Presiden Bush berjaya mengelak kedua-dua kasut itu. Selepas itu, Al-Zaidi diheret[5] by another journalist,[6] lalu ditahan oleh penjaga-penjaga Perdana Menteri Nuri al-Maliki, ditendang-tendang, lalu diusir keluar.
Presiden Bush berkata ada wartawan Iraq yang meminta maaf padanya, lalu berkata beliau berterima kasih kerana itu. "Terima kasih kerana meminta maaf di pihak rakyat Iraq. Apabila ditanya mengenai kejadian ini oleh seorang lagi wartawan, Bush berkara "Beginilah satu cara orang nak tarik perhatian. Saya tidak tahu apa niat orang itu. Saya tak berasa terancam sedikit pun."[7]
Pada 14 September 2009, peguambela Karim al-Shujairi berkata, al-Zaidi akan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik setelah meringkuk dalam penjara selama sembilan bulan.[8] Beliau akhirnya dibebaskan pada 15 September 2009, lalu mendakwa beliau diseksa habis-habisan sepanjang masanya di sana dan nampaknya kehilangan sebiji gigi hadapan. Beliau mengujar, "Saya sudah kembali bebas, namun tanah air saya masih ibarat penjara."[9] Pada hari yang sama, al-Zaidi menegaskan "Saya bukannya wira, saya cuma hendak merendahkan maruah Bush atas kezaliman yang tengah kami alami."[10].
a. ^ Ejaan lain dalam media Barat: Muthathar, Muntadar, Muntazer, Muthathi; dan al-Zeidi[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.