Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Muhammad Jailani bin Khamis adalah ahli politik Malaysia dan kini bertugas sebagai EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.
Yang Berhormat Datuk Muhammad Jailani Khamis DMSM, PJK (Melaka) | |
---|---|
محمد جايلاني بن خميس | |
EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 13 Mac 2020 | |
Gabenor | Mohd Khalil Yaakob Mohd Ali Rustam |
Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
Kawasan pilihan raya | Rembia |
Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 2 Mac 2020 | |
Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
Menteri Besar | Adly Zahari |
Didahului oleh | Idris Haron |
Kawasan pilihan raya | Rembia |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Rembia | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Norpipah Abdol (UMNO–BN) |
Majoriti | 1,814 (2018) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Melaka, Malaysia | 27 Mei 1972
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2016-2020) Bebas (Bebas) (2020) UMNO (hingga 2016) (2021-2023) PAS (2023-kini) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (2018-2020) Perikatan Nasional (PN) (2023-kini) Muafakat Nasional (MN) (2020-kini) Barisan Nasional (-2016, 2021-2023) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Jailani sebelum ini merupakan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat dari gabungan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi negeri Melaka.
Beliau bersama Datuk Norhizam Hassan Baktee dari Parti Tindakan Demokratik dalam gabungan sama telah mengambil keputusan untuk keluar parti masing-masing dan menyokong kerajaan campuran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Melaka.
Mereka berdua memutuskan untuk jadi ahli Dewan Undangan Negeri Melaka secara Bebas tetapi menyokong kerajaan negeri yang sedia ada.[1]
Pada tahun 2021, Jailani telah menyertai UMNO semula selepas meninggalkannya pada tahun 2016 lalu dan pada persidangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Jailani telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka.[2]
Pada 16 Julai 2024, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengumumkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia sejak 10 Jun 2023, iaitu sebulan sebelum undang-undang antilompat parti diluluskan DUN Melaka pada 31 Julai 2023, yang diumumkan semasa sidang media di dewan rakyat.[3]
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri pelancongan dan berperanan menggalakkan pelancongan domestik telah diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Pengerusi Melaka World Heritage Sdn.Bhd, Pengerusi Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCC) dan Pengerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).
Anak watan Melaka yang sebelum ini merupakan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memilih UMNO bagi meneruskan perjuangan politik selepas sembilan bulan menjadi wakil rakyat Bebas.
Muhammad Jailani dilahirkan pada 27 Mei 1972 kini dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah menggantikan Senator Datuk Ismail Ibrahim yang secara suka rela menarik diri daripada jawatan itu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Hilir, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah, di Sekolah Menengah (SM) Tinggi Melaka dan SM Sains Muar Tanjung Agas Johor.
Pada tahun 1991, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Lembah Pantai sehingga tahun 1994.
Seterusnya di universiti sama, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (kepujian) pada 1995 hingga 1996.
Selepas menamatkan pengajian, Muhamamd Jailani berkerja sebagai pengasas dan CEO Firma Guaman Muhammad Jailani & partners.
Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Melaka ini pernah dilantik Timbalan Presiden Remaja Gerakan Belia 4B pada 1999 hingga 2009.
Semasa bersama UMNO, beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil dan AJK UMNO Bahagian Bukit Katil.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Pimpinan Majlis Negeri Melaka PKR selama tiga tahun.
Pertama kali bertanding di Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) Muhammad Jailani daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 6,773 undian ketika menentang Norpipah Abdol daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,959 undi. Majoriti undi sebanyak 1,814.
Kerjaya:
Lantikan Ahli Lembaga Pengarah & Pengerusi:
Jawatan disandang dalam politik:
Penglibatan dalam sosial dan badan bukan berkanun:
Anugerah Darjah Kebesaran:
Pencapaian anugerah:
Pendidikan:
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Pct | Penentang | Undi | Pct | Pemungutan suara | Majoriti | Muncul sebagai | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N06 Rembia, P135 Alor Gajah | Muhammad Jailani Khamis ( PKR ) | 6,773 | 52.37% | Norpipah Abdol ( UMNO ) | 4,959 | 38.35% | 13,175 | 1,814 | 84.26% | ||
Mohammad Rashidi Abd Razak ( PAS ) | 1,200 | 9.28%Au |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.