From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Sharbinee Allawee bin Ramli (lahir pada 7 Disember 1986) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang merupakan penjaga gol bagi pasukan Sarawak United F.C.. Beliau adalah salah seorang ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan juga ahli pasukan skuad bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos.[1]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohd Sharbinee Allawee Ramli | ||
Tarikh lahir | 7 Disember 1986 | ||
Tempat lahir | Terengganu, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.79 m (5 ka 10 1⁄2 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga Gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sarawak United | ||
Nombor | 22 | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2006 | Terengganu B-21 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2012 | Terengganu | 78 | (0) |
2013 | Selangor | 1 | (0) |
2014–2017 | Terengganu | 63 | (0) |
2018– | Kuala Lumpur | 10 | (0) |
2021– | Sarawak United F.C. | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2006–2009 |
Malaysia B-23 Malaysia | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Julai 2011 |
Pada bulan November 2010, Sharbinee telah dipanggil masuk ke dalam skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal bagi Piala Suzuki AFF 2010. Sharbinee merupakan kesebelasan utama menentang Indonesia di perlawanan pertama di dalam Kumpulan A. Malaysia tewas 5-1 menyebabkan beliau digantikan oleh Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama. Malaysia won the 2010 AFF Suzuki Cup tittle for the first time in their history.
Pada 23 Julai 2011, pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menemukan Malaysia dan Singapura yang berakhir dengan Malaysia dibolosi sebanyak 5 gol. Gawang Malaysia ketika itu dijaga oleh Sharbinee.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.