ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Mohd Razi Mohd Ali (lahir 1 April 1973) merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, menyandang ADUN Sungai Lui selama dua penggal.
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
YB Dato' Mohd Razi Mohd Ali DBNS ANS (Negeri Sembilan); PMC | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Sungai Lui | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Ahmad |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1 April 1973 |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau merupakan bekas guru bidang pertanian serta kurikulum selama 18 tahun merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sejak 2018.
Beliau menetap di Felda Pasoh 3 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Batu Kikir, kemudian mengambil sijil perguruan asas (kemahiran hidup) pada 1995 di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu dan melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian).
Pencapaian dalam bidang pendidikan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2000 dan 2009.
Pada peringkat politik, beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu selama sepenggal dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada 2013 hingga 2018.
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-14, Mohd Razi daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,795 undian ketika menentang Zainal Fikri Abd Kadir daripada Pakatan Harapan yang mendapat 3,396 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,399.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.