merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka From Wikipedia, the free encyclopedia
Mehrzad Yasmin Malik Abdul Malik (lahir 27 Ogos 1978) atau lebih dikenali sebagai Min Malik adalah merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka. Namun setelah itu beliau kemudian bersara dan terus menyepikan diri daripada industri seni muzik tanah air.
Anak ketiga dari empat adik beradik, anak kelahiran ayah dari Kelantan iaitu Kolonel Abdul Malik Bin Mohd Alwi (Bersara) dan ibu dari Sarawak iaitu Allahyarhamah Attariah Binti Datuk Haji Rakawi, beliau telah menunjukkan minat dalam nyanyian pada umur muda 8 tahun. Sebagai ahli Operafest Children's Choir and Theatre beliau mengasah bakat dengan persembahan-persembahan di serata dunia termasuk di Holland, Wales, Amerika Syarikat dan England.
Min juga minat dunia lakonan dan telah melibatkan diri dengan dunia teater termasuk kerja-kerja menjayakan pementasan Melodi Kota, Cindai, Primadona dan Kuala Lumpur.
Minat Min pada seni persembahan boleh dilihat pada latarbelakang akademiknya yang merangkumi, sijil, diploma dan sarjana muda berkaitan dengan seni persembahan dan musik. Beliau juga berjaya mencapai Gred 8 vokal dan Gred 5 teori dari Associated Board of the Royal Schools of Music.
Beliau juga merupakan adik kepada bekas pelakon dan pengacara Ary Malik yang meninggal dunia pada Februari 2017 akibat penyakit kanser ovari yang dihidapinya sejak Mei 2016. Beliau sempat berasa kesal apabila ketika kakaknya itu sedang bertarung dengan penyakit, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan kakaknya sudah meninggal sedangkan Ary pada ketika itu masih hidup sehinggalah beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Februari 2017.
Beliau memulakan karier seninya sebagai artis rakaman pada tahun 1995 dan yang kemudian menerbitkan album studio sulungnya berjudul Flora Cinta dimana single utamanya iaitu Flora Cinta berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi baharu pada ketika itu. Pada tahun 1995 beliau terlibat sebagai anggota kumpulan Next 7 yang ditaja oleh NHK. Semasa menjadi anggota kumpulan ini anggota Next 7 telah membuat pertunjukan di Tokyo (3 kali), Shanghai, Bangkok, dan Hong Kong.
Sebagai pegawai tentera yang bertugas di Badan Kesenian Tentera Darat, Min lebih cenderung untuk mengasah bakat anggota BKTD yang merangkumi penyanyi, pemusik, penari-penari dan anggota-anggota yang terlibat dengan bidang teknikal dan logistik. Dengan itu beliau kurang melibatkan diri dengan persembahan dan juga telah menolak tawaran untuk bergiat kembali sebagai artis. Beliau juga pernah ditawarkan oleh pihak Astro untuk menyertai Gegar Vaganza namun, oleh kerana statusnya kini sebagai penjawat awam tidak memungkinkan beliau untuk kembali sebagai penyanyi selain mengganggap dirinya bukanlah penyanyi komersil yang terkenal untuk kembali aktif.
Tahun | Acara | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1996 | Anugerah Industri Muzik ke-3 | Artis Baru Terbaik (Wanita) | Flora Cinta | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.