Remove ads
Jet pejuang supersonik dan pesawat pemintas yang dibangunkan oleh Mikoyan From Wikipedia, the free encyclopedia
Mikoyan-Gurevich MiG-21 (Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-21 ) (nama pengenalan NATO "Fishbed") merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang direka oleh Biro Rekabentuk Mikoyan-Gurevich dari Kesatuan Soviet. Nama gelaran popularnya adalah "balalaika", kerana pelantar pesawat ini menyerupai alat muzik bertali terkenal dari Rusia iaitu Balalaika atau ołówek (Melayu: pensil ) oleh juruterbang Poland disebabkan rekabentuk fiuslaj pesawat ini.[2] Versi-versi awal dianggap sebagai jet pejuang generasi kedua. Sementara versi terkemudiannya dianggap sebagai jet pejuang generasi ketiga. Lebih 50 negara dari 4 benua telah menerbangkan MiG-21. Selepas separuh abad selepas penerbangan sulungnya, MiG-21 masih digunakan sehingga kini. Pesawat ini memegang beberapa rekod penerbangan, antaranya pesawat jet supersonik paling banyak dikeluarkan, pesawat pejuang paling banyak dikeluarkan selepas Perang Korea, dan pesawat pejuang paling lama dikeluarkan. Dianggarkan lebih daripada 10,000 buah MiG-21 telah dikeluarkan.[3]
MiG-21 | |
---|---|
| |
Peranan | Jet Pejuang |
Pengeluar | Mikoyan-Gurevich OKB |
Penerbangan sulung | 14 Jun 1956 |
Diperkenalkan | 1959 |
Dihentikan | 1985 (Kesatuan Soviet) |
Pengguna utama | Tentera Udara Soviet Tentera Udara India Tentera Udara Romania Tentera Udara Rakyat Vietnam |
Jumlah dibina | 10,352[1] (10,158 dibina di Kesatuan Soviet, dan 194 di Czechoslovakia) |
Kelainan | Chengdu J-7 |
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.